Kerana Budi Ku Jatuh Hati -

April 25, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Kerana Budi Ku Jatuh Hati
Penyanyi: Spring

Tidak terdaya bagiku
Hendak memetik cintamu
Bimbang nanti tidak kesampaian

Kau bagai hujan yang datang
Menyiram musim kemarau
Indah mu tiada bandingan
Sedang aku cuma dagang yang merantau

Terlalu banyak pengorbanan darimu
Susah senang ku kau mengambil tahu
Sehinggakan ku rasa terharu
Bila mengenangkan budi dan jasa mu
Aku tahu siapa diriku
Bagaikan musafir yang menumpang lalu

Aduhai sayang sungguh tidak ku menduga
Engkau datang membawa bahagia
Entah apakah gerangan di jiwa
Hendak ku tinggal tiada berdaya

Kerana budi aku jatuh hati
Aku tak mengerti ianya terjadi
Kerana budi aku jatuh hati
Kepada mu kini cinta bersemi

Dia -

April 24, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Dia
Penyanyi: Hattan feat Wings

Dia
Menghimpit dengan mesra
Dan kerananya
Aku hilang
Darah dan menjerut ingatan
Dan mencari kenangan

Jika tahu tenggelam
Tak ku layar bahtera
Di ombak ganas
Menghempas
Perlayaran ku terkandas
Dan mencari kenangan

Yang ku sambut
Dosa yang hilang
Lalu sepi terasa
Di bawa ketenangan
Di bawa kesepian

Bila larut menjelma
Hampir siang mataku terjaga
Yg pulang hanya diri
Kehadiran ku menyepi

Intan
Usah diharap perutusannya
Ada masa menjunam
Ada masa melayang
Di awan nan biru

Gadis Bertudung Putih -

April 13, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Gadis Bertudung Putih
Penyanyi: May

Wajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Terpegun dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya

Aku ingin bersama
Memilik sebuah kota
Bersamamu aku diyakinkan
Ku berada di tengah-tengah
Persimpangan tak ke mana

Bawalah ku pergi
Ke mana saja
Bawalah ku lari
Dari sengsara
Manalah berhenti
Di situ terhenti
Mana kembara terselit kita

Capai tanganku
Kita berganding berdua
Genggam tanganku kita nyanyikan
Lagu yang seirama

Namunku Punya Hati -

April 1, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Namunku Punya Hati
Penyanyi: Revolvers

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini

Bukan kuminta
Kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua