Nur Nilam Sari -

October 17, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Nur Nilam Sari
Penyanyi: Search
Album: Bikin Wilayah (1998)
Komposer/Lirik: Search & M.Nasir/Loloq

Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari
Buatku merempuhi malam
Kabus berlabuh bagaikan awan
Mengaburi penglihatan
Menyekat maksud di sempadan
Redup yang ku pasangkan angan

Sekadar berhasrat
Berlindung dalam lena
Pejamkan mata untuk
Ku lupakan sengsara
Berapi kerdipan
Melaraskan jiwa
Menyusuk ke arah asalku

Senyumanmu satu azimat
Buat diriku yang hina
Manusia terpinggir hidup melara
Tak pernah kenal erti bahagia
Namun ku masih gembira
Bagiku rahmat semuanya
Oh mungkin kalau nasib ku berbeza
Aku tak mampu
Menilaikan dikau

Aku berani
Berani aku
Katakan dirimu itu
Dewi kayangan

Mentari Muncul Lagi -

October 1, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Mentari Muncul Lagi
Penyanyi: Slam

Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Maafkan aku meninggalkanmu
Itu ku lakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa

Tuhan saja yang tahu perasaanku
Berperang dengan suasana
Hinggakan ku terpaksa meninggalkanmu
Kerana tak sanggup melihat kau menderita

Menyesalnya ku kerana menyangkal
Nasib tak menyebelahi
Cinta dan hidup kita
Syukur Tuhan masih sayang pada kita
Masih sayang, masih ada cinta

Maafkan aku meninggalkanmu
Itu kulakukan kerana cintaku padamu
Ku tak sanggup melihat kau tersiksa