Cinta Abadi -
March 28, 2000
Tajuk/Lirik Lagu: Cinta Abadi
Penyanyi: Feminin
Terbayang kisah yang lalu
Bersamamu oohh
Diriku terasa sedih dan sayu tanpamu
Sayang mengapa kau pergi
Tinggalkan sendiri
Cinta kita masih ada
Walaupun engkau tiada
Kembalilah kepadaku
Cinta kita masih ada
Walaupun engkau tiada
Inilah cinta abadi
Ku masih memerlukan kasihmu
Kasihmu
Sungguhpun kau tiada lagi
Di sisiku klau tetap pilihanku
Sayang mengapa kau pergi
Tinggalkan aku sendiri
Cinta kita cinta abadi
Ku menyintaimu
Cinta kita cinta abadi
Ku memerlukanmu
Submitted by admin · Artist Feminin
Mengintai Dari Tirai Kamar -
March 25, 2000
Tajuk/Lirik Lagu: Mengintai Dari Tirai Kamar
Penyanyi: Exist
Dinginnya angin malam ini
Menyapa tubuhku
Namun tidak dapat mendinginkan
Hatiku yang kau hangatkan
Terasa tercabarnya kelakianku ini
Dengan sikapmu menentanglah
Aku ini insan kekurangan
Senangnya kau mainkan…
Siapalah aku ini untuk
Memintal buih yang memutih
Menjadi permaidani seperti mana
Yang tertulis dalam novel cinta…
Juga mustahil bagiku
Menggapai bintang di langit
Menjadikan hantaran syarat untuk milikimu semua itu
Sungguh aku tak termampu…
Silap aku juga
Kerana jatuh cinta
Insan sepertimu
Seanggun bidadari
Seharusnya aku cerminkan diri
Ku sebelum tirai kamar aku
Buka mengintaimu…
Ghazal Untuk Rabiah -
March 21, 2000
Tajuk/Lirik Lagu: Ghazal Untuk Rabiah
Penyanyi: M.Nasir feat. Jamal Abdillah
Kilauan intan berkelip-kelip di langit tinggi
Dan cahaya menari-nari di langit biru
Tidaklah dapat menenangkan perasaanku
Yang rindukan kehadiran kasih
Gemersik irama merdu buluh perindu
Dan nyanyian pari-pari dari kayangan
Tidaklah dapat tenteramkan sanubari
Yang mendambakan kepastian kasihmu
Rela lepaskan segala-gala yang ku ada
Andai itu yang kau hajatkan
Rela terima apapun syaratnya dan dugaan
Untuk ku buktikan cintaku
Asalkan dapat ku mengubati hatiku yang cedera
ditumpaskan cinta
Asalkan dapat ku menundukkan amukan gelora jiwa
Yang menagih kasih
Yang halus yang tulus
Yang mulus yang kudus
Semoga malamku tidak lagi jadi medan airmata
Menusuk segenap kalbuku
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah, M.Nasir
Fanatik -
March 21, 2000
Tajuk/Lirik Lagu: Fanatik
Penyanyi: KRU
Ke tepi, ke tepi gergasi sudah kembali
Menerap revolusi tergempar industri
Dari 92 hingga 7 tiba
Perjuanganku aku akan tetap terus bersama
Kini irama bertahta membina empayar
Program utama untuk menakluk dunia
Tak gentar dengan misi walaupun kontroversi
aku rela mati dari hidup penuh hipokrasi
Setengah dekad daku mengembara
Setengah nyawa telah diduga
Namun tetap teguh bersama
Iramaku tak akan mati
Selagi membara semangat ini
Ku laung ku kibarkan panji
Semua punya misi sendiri
Antara permata dan kaca
Terpulang pada penilainya
Namun satu seni itu
Subjektif pada individu
Kadangkala gersang di jiwa
Tertekan dengan isu propaganda
Ada yang mengaku wira
Tapi sebenarnya gila
Semuanya fanatik
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku
Segalanya fanatik
Fanatik, fanatik
Fanatik
Fanatiknya duniaku
Ku katakan oh…
Jangan di sini oh jangan di sana
Mengapa ada saja tak kena
Bukakanlah mata bukakan minda
Dunia lebih daripada pancaindera
Di sini dan satu negara
Iramaku terus bergema
Mana saja ku berada
Terima kasih pada semua
Biar apa kata mereka
Engkau dan aku tak perlu gusar
Moga mereka kan sedar
Diam adalah pintar
Na na na na na
Kita tak perlu gusar
Na na na na na
Diam itu pintar
Na na na na na
Kita tak perlu gusar
Na na na na na
Diam itu pintar
Di belakangku kumpulan bersatu…DANCEKRU
Intro INDIGO dan juga ELITE
Melangkah maju ke arah irama baru
Agresif, elektif agar mereka tahu
Tak berundur berganjak walau setapak
Selagi DJ memutarkan rentak
Seluruh Asia kini terasa mania
Berdentum rancak gendang bergegar
Bersatu padu itulah ikrar
Rasakan kuasa tenaga muzik sebenar
Submitted by admin · Artist K.R.U
Lenggang Lenggok -
March 18, 2000
Tajuk/Lirik Lagu: Lenggang-Lenggok
Penyanyi: Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Pencipta: Fadzil Ahmad/Hairul Anuar Harun
Album: Seri Balas (1999)
Lenggang lenggok bergaya senyum manisnya
Sunguh menawan
Paras cantik memikat gaya manjanya
Hati tertawan
Rambut panjang berjurai hitam berkilat
Mayang mengurai
Lemah lembut gayanya tersenyum simpul
Lemah gemalai
Resah jangan diharap pagi yang cerah
Bawa bersenda
Usah bagaikan dedap sungguhpun merah
Harum tiada
Bukan kerana mawar kumbang mengidam
Seri gubahan
Intan tetap bersinar walau terbenam
Di perlimbahan
Cantik baju kebaya pukau warnanya
Berbunga jarang
Baik budi bahasa walau kemana
Dikenang orang
Segar dingin terasa bayu membelai
Tiada henti
Biar miskin kelana asalkan pandai
Mengambil hati
Submitted by admin · Artist Noraniza Idris, Siti Nurhaliza
Menggapai Pelangi -
March 15, 2000
Tajuk/Lirik Lagu: Menggapai Pelangi
Penyanyi: Ilusi
Kehadiranmu sesudah gerimis memberi
Erti dalam percintaanku
Sering berselindung dibalik awan
Munculmu penawar rinduku
Suram gelisah sukma dan masa silam
Jika engkau menyepi
Umpama nakhoda hilang haluannya
Pada warna kasih yang kau pancarkan
Oh pelangi kasihku
Hanyalah engkau
Dipersada hayatku
Oh pelangi cintaku
Betapa agongnya
Kesetianmu…
Engkau indahnya tak terkata
Bila pandang engkau
Makin bercahaya
Penawarku…
Terasa sebak diwaktu kau hilang
Ditelan badai gelora didadaku
Di pohon lara rinduku merana
Menggapai engkau tiada di sisiku
Bila musim menyusur hadirlah engkau
Dan meniti kasih yang dijanjikan
Submitted by admin · Artist Ilusi
Cinta Melankolia -
March 5, 2000
Tajuk/Lirik Lagu: Cinta Melankolia
Penyanyi: Ann
Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa perangsang
Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan
Bunga kembang bertali hati
Bunga kembang di puncak akli
Duri
Penjajahan cinta mu
Di atas bumi raga ku
Duri
Penjajahan cinta mu
Di bawah awan setuju
Adalah suatu pengalaman
Tiada terfikir
Terlintas
Engkau akan tiba
Membawa harapan
Tiada terfikir
Terlintas
Engkaukan membuka
Sempadan perasaan
Engkaulah yang kini mekar
Dalam diri ku yang melankolia
Akulah simpang tersasar
Karam janji ku yang melankolia









