Hati Kama -

April 28, 2000

Tajuk/Lirik Lagu: Hati Kama
Penyanyi: Siti Nurhaliza feat Noraniza Idris
Pencipta: Pak Ngah/Hairul Anuar Harun
Album: Seri Balas (1999)

Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya

Mendengar suara lela lebur
Bertentangan mata panah arjuna
Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara

Adakah dia hamba sahaya
Ataupun bijak mentafsir mimpi
Mungkinkah jua benar diduga
Hingga terusik hati nurani

Tawanlah jiwa ku
Bebaskan sayap juwita
Turutlah janji ku
Tinggalkan segenap lara

Burung yang terbang
Salam utuskan salam
Pada renungan pandang
Selayang pandang

Bukan betara (2x)
Atau pesona (2x)
Insan biasa (2x)
Ah….

Luka Seribu Rindu -

April 22, 2000

Tajuk/Lirik Lagu: Luka Seribu Rindu
Penyanyi: Fotograf

Api dah menjadi bara
Bara menjadi debu
Mawar indah nan setangkai
Layu dan berguguran

Begitulah ibarat cinta
Terjalin sementara
Madu tak sempatku rasa manisnya
Pahit barganti
Terpaksa ku telan jua

Aku bagaikan tawanan
Di dalam perang rindu
Asyik berganti derita
Cinta tak kesudahan

Mesranya tingkahmu
Disamping dirinya
Menambah luka di hatiku
Senyumanmu di samping orang ketiga
Bagaikan sembilu
Menusuk di hatiku

Hati ku sakit tak tertahan lagi
Kasih
Sudahnya begini
Cinta suci nan sejati
Kemanakah hala
Yang akan kubawa
Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti
Setiaku menunggu
Tapi kepadanya kau pergi

Kehadiran -

April 6, 2000

Tajuk/Lirik Lagu: Kehadiran
Penyanyi: Feminin

Saat itu daku kehilangan
Harapan untuk kehadapan
Dalam hidupku yang penuh dengan gelora
Bagaikan tiada suria

Tiba-tiba menjelma jaya
Yang menghulurkan sejuta bahgia
Dengan cara yang tersendiri
Kehadiranmu bagai syurgawi

Warna hariku yang dulu kelabu
Kini mula cerah semesta
Hanya kehadiran suatu cenderamata
Yang dinamakan asmara

Syukur kepada Yang Maha Esa
Kerana menciptakan cinta
Keindahannya tiada dapat dilafazkan lagi

Kerana Terluka -

April 3, 2000

Tajuk/Lirik Lagu: Kerana Terluka
Penyanyi: Nurul

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan…

Tak perlui kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang…

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hinggamenikam kalbu
Bisanya…

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahai jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa