Aku -
February 15, 2001
Tajuk/Lirik Lagu: Aku
Penyanyi: Ella
Ku rasa
Sedikit tertekan dan kecewa
Dunia…
Bagai memusuhiku
Apa ku mahu
Tak siapa tahu (tahu)
Dan juga…
Rasa sedikit bosan dan keliru
Mana arah tujuku
Apa ku mahu kadangkala aku
Ku pun tak tahu
Namunku lantang
Terus menentang
Siapa yang menghalang
Tak mungkin lagi ada yang berani
Mematah hati
Kini ku temui
Teman sejati
Ku tunggu-tunggu… Oh !
Adalah aku… rupanya aku…
Tiada sesiapa ku benar percaya
Semua punya motif berbeza
Apa diminda, tak siapa bisa jangka
Yang pasti kupagari diriku sendiri
Daripada ulangi
Bukan membenci… tapi hati-hati
Ini realiti
Submitted by admin · Artist Ella
Takkan Melayu Hilang Di Dunia -
February 11, 2001
Tajuk/Lirik Lagu: Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Penyanyi: Sharifah Aini
Album: Silat Lagenda (1998)
Gemalainya tari seni diwarisi
Zaman berzaman gemilang
Teruna dan dara adat dimahkota
Takkan Melayu hilang di dunia
Anak jati bertandang di negeri orang
Biarpun berhujan emas
Hujan batu kita lebih sejahtera
Takkan Melayu hilang di dunia
Pusaka budaya khazanah berharga
Janganlah dipersia
Wahai anak watan diwasiatkan
Pertahan kedaulatan bangsa
Arus perubahan oh kuasa Tuhan kejarlah hajat di jiwa
Namun peganglah kata wira laksmana
Takkan Melayu hilang di dunia
Submitted by admin · Artist Sharifah Aini









