Ceritera -

May 21, 2001

Tajuk/Lirik Lagu: Ceritera
Penyanyi: Zainal Abidin
Album: Silat Lagenda

Kurun lalu ada ceritera
Kisah lima pendekar muda
Taat menuntut kehendak raja
Mereka jadi legenda
Bahan ceritera muda remaja
Satu lagenda yang tak dilupa

Berakhirnya kisah lama
Hilang senjata di dunianya
Timbulnya pula di zaman kita

Senjata di simpan di dalam peti
Ditemani guru yang disegani
Selamat hingga ditemui

Lima pendekar di zaman ini
Mencari dan juga mempercayai
Senjata perlu dikuasai
Di zaman yang maju teknologi
Kuasa lama mula teruji

Ooh oh Tuah yang mengetuainya
Ooh oh Jebat akur dan menurut
Ooh oh Kasturi, Lekir, Lekiu berjanji
Membantu bila ditandingi

Ini kisah lama orang dagang di Melaka
Anak muda diwariskan keris sakti oh pendekar

Fobia -

May 21, 2001

Tajuk/Lirik Lagu: Fobia
Penyanyi: KRU
Album: Silat Lagenda

Fobia ku dalam bahaya iya, iya, iya…
Sekali lagi daku di sini bagaikan daku tak peduli
Mengapa ku terus menyiksa jiwa sedangkan serik sudah ku rasa
Mungkin kerana perjuangan belum sampai penghujungnya
Dan komplikasi situasi buat kita lebih mengerti

Ku harus fokus menentang yang tiba
Kikis fobia terbenam di jiwa

Fobia ku dianiaya
Iya iya iya haiya
Fobia menjadi mangsa
Fobia ku dalam bahaya

Strategi kami dengan ideologi telah teratur rapi
Jika ada telah terasa bisa bahangnya, itu hanyalah fasa pertama
Dan aku sedar cabaran ku akan semakin sukar
Berani kerana benar dan dunia bisa bergegar

Tiada agenda rahsia disebaliknya
Cuma meluahkan rasa di jiwa

Fobia ku dianiaya
Iya iya iya haiya
Fobia menjadi mangsa
Fobia ku dalam bahaya

Campak… hentamanmu tidak retak
Tiada kompromi kerana ada stabiliti
Berani seperti kamikaze
Menegakkan kebenaran hak asasi
Mesej diusul, tindakan menyusul
Tahukah siapa di dalam kontrol
Kontrol situasi, kontrol minda kini
Jangan timbul konfrontasi
Kau bermain dengan api