Debunga Wangi -

April 26, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Debunga Wangi
Penyanyi: Lefthanded

Sepi yang mencengkam saban waktu
Membawa aku ke lembah berduri
Yang aku sendiri tidak pasti
Apakah aku dapat mengharungi

Siapakah kan datang
Menyudikan dirinya
Menghulur tangan
Membawa ku naik
Ke daratan yang penuh
Debunga wangi

Ku cari ku mencari
Pada daratan yang penuh
Debunga wangi

Raikan Cinta -

April 24, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Raikan Cinta
Penyanyi: M.Nasir

Berapa dalam harus kugali tanah ini harus kugali
Untuk bertemu permata nilai sejati nilai sejati
Baru kupulang ke kampung sentosaku
Baru tercapai segala maksudku

Perahuku menghala ke hulu kuala jua kusua, jua kusua…
Kau lihat aku, aku pula lihat dia samakah kita ?

Ke sana ke sini lari-lari kecil
Bagai Siti Hajar mencari air
Terpancur sinar di kering pasir
Bekas hentakan kudus kaki Ismail

Mari mawarku raikan cinta
Tanpa cintaNya kita tiada
Mawar cinta mawarku abadi
Cinta pemilik segala Jadi

Mari mawarku raikan cinta
Kerana cinta kita abadi
Mawar cinta mawarku sejati
Cinta pemilik segala Jadi

Marilah Maria -

April 19, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Marilah Maria
Penyanyi: Def Gab C

Pinggang ramping segar bagai kerengga
Nampak ada bunga di atas kepala
Macam kenal macam pernah aku jumpa
Di wayang gambar atau pun di mana-mana

Rasanya… hatiku telah terpikat padamu
Maria… kenal wajah tapi aku lupa, lupa

Duit sekupang yang aku simpan
Lagi seringgit cukup satu tempayan
Oh Maria… aku tak kisah kau punya nama
Maria… aku tahu engkau manusia, uwau…

Maria ( 6X )
Marilah Maria
Maria ( 6X )
Marilah Maria

Hidup ini bukan susah sangat
Asal guna akal tulang empat kerat
Tak perlu fikir urusan yang lain
Nanti rugi masa yang berpusing

Oh Maria… marilah aku rasa bersama
Maria… resepi timur campur keju juga, juga

Maria… hidup ini takkan mudah
Oh… duit sekupang yang aku simpan
Lagi seringgit cukup satu tempayan
Macam kenal macam pernah aku jumpa
Di wayang gambar ataupun di mana-mana

Oh Maria… mari aku buat engkau suka
Maria… marilah kita hidup bersama
Rasanya… aku telah terpikat padanya
Maria… kenal wajah tapi aku lupa, lupa

Kau Yang Bernama Seri -

April 6, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Kau Yang Bernama Seri
Penyanyi: Handy Black

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati

Biarpun hanya seketika
Biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima
Sejuta kali ku ‘kan setia

Sekali bumi beredar
Mentari terbit di ufuk dunia
Bintang di angkasa
Masih bernafas di dada
Selagi itu kau kucinta

Inilah janjiku
Insan yang mengenal erti
Sepi yang tiada sepi, sepi lagi
Tinggal kau harapan
Satu-satunya sandaran
Jalan ku pulang ke jalan yang terang
Seri, aku merayu
Pada kau yang bernama Seri

Relakan cintamu Seri
Leburkanlah rinduku ini
Agar bisa ku menikmati
Belaian kasih yang sejati
Darimu Seri

Hanya kau kekasihku
Yang bernama… Seri…
Seri…

Soal Hati -

April 5, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Soal Hati
Penyanyi: Erra Fazira

Kau hanya wajah biasa di mataku
Pasti lenyap sederas tibamu
Tak perlu aku memikirkan mu selalu

Kau tiba pada waktu tak terduga
Dalam mimpi dan di dalam jaga
Sehingga aku bukan diriku yang dulu

Soalnya hati, sukar di mengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah
Kau mewarnai mimpiku
Ku dalam igauan rindu

Kau yang biasa kini istimewa
Engkau membuat hidupku berubah
Yang ku cari-cari selama ini
Telah ku temui…

Soalnya hati, sukar di mengerti
Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah

Kau mewarnai mimpiku
Ku dalam igauan

Apa terjadi di luar kawalan diri
Entah mengapa sejak bersua
Aku dilanda resah

Kau mewarnai hidup ku
Ku dalam igauan (ku dalam igauan)
Ku dalam igauan (ku dalam igauan)

Kerana -

April 2, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Kerana
Penyanyi: Erra Fazira

Kerana terlalu mempercayaimu
Kau istimewa dalam hidup ku
Kerna terlalu menghormati
Terkeliru pandangan mata hati
Kerana terlalu mengasihi
Akhirnya terluka aku sendiri

Aku sangkakan mengenalimu
Aku kenali hati budimu
Aku meyakini engkau luhur
Menyayangiku dengan jujur

Kiranya bagimu itu semua
Hanya satu lakonan, lakonan biasa
Tiada sedikit pun aku sedari
Dipersendakan oh selama ini

Aku sangkakan yang ku gila
Permata tulen yang berharga
Penilaian ku oh ternyata silap
Kau rupanya kaca tak berharga