Seragam Hitam -

June 23, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Seragam Hitam
Penyanyi: Kristal

Ku suka kau suka
Nak tunggu apa
Kepala dah layan
Mata dah kenan
Masam manis pedas
Sesedap rasa
Tinggal kau nak kunyah

Ku cinta kau cinta
Nak tunggu apa
Apa nak jadi, jadi
Live and let it be
Ku suka pakaian
Seragam hitam
Kau pun suka busana yang
Serba hitam

Itulah satu petanda
Jiwa kita sama dan serupa
Nak tanya siapa lagi
Kalau bukan hati mu sendiri
Zaman kini serba pantas
Lambat sikit kita ‘kan dipintas
Takkan nak sampai mimpi
Baru nak kau pasti

Dalam seikat daun sirih
Mana boleh tak boleh
Jumpa sehelai sirih
Bertemu urat
Dalam seikat daun sirih
Mana boleh tak boleh
Jumpa sehelai sirih
Bertemu urat

Erti Cinta -

June 20, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Erti Cinta
Penyanyi: Maya Karin

Termenung ku bercelaru
Memikirkan cinta
Di mana sebenar
Namanya cinta

Tak tertahan hati ini
Bila kau berkata
Sememangnya aku
Menyintaimu

Mungkin kita tak pernah mengutarakan masalah
Kau dan aku bagai tiada arah
Namun aku percaya kita akan mengatasi
Segalanya hanya untukmu
Kupasti

Sama-sama kita kembali
Sama-sama kita binakan
Cinta yang pernah mekar
Untuk engkau dan aku

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

Sama-sama kita tempuhi
Sama-sama kita rasakan
Apa yang dinamakan
Erti cinta sebenar

Ku Intai Cinta Dalam Rahsia -

June 20, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Ku Intai Cinta Dalam Rahsia
Penyanyi: Jeslina Hashim

Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang kekasih
Tentang cinta

Haruskah aku menanti
Haruskah tangan ku ini
Menggapai hanya
Ilusi mimpi

Putusnya di dalam hati
Tak mungkin bercantum lagi
Ku intai cinta dalam rahsia
Dan airmata

Mereka sering berkata
Cinta itu milik kita
Tapi mengapa kau enggan
Ucapkan cinta

Bungaku Bakawali -

June 19, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Bungaku Bakawali
Penyanyi: Elly Mazlein

Di saat ini jiwa merintih
Teringatkan mu wahai kekasih
Setelah lama tidak berjumpa
Menatap wajah bertentang mata

Aduh sayang sakitnya hatiku
Bagai dipanah duri sembilu
Apakah dosaku kau buat begitu
Diri terseksa tiap waktu
Aduh sayang

Bakawali… bunga suci
Ditinggalkan sang kekasih
Bakawali… bunga sepi
Tak pernah curang dalam cinta
Biarpun hatinya sering saja menangis
Dan jiwanya terluka

Dulu sendiri, kini sendiri
Tiada siapa yang peduli
Dulu menanti, kini menanti
Dia yang dipuja-puja tiada di sisi

Sesekali aku teringin jua
Untuk merasakan manisnya cinta
Namun mengapa ku tak berdaya menggapainya oh…
Mungkin itu suratan azali
Oh oh… oh oh

Maafkanlah -

June 19, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Maafkanku
Penyanyi: Nurul feat Ajai

Maafkan daku lagi
Yang lupa pada janji
Ingin rayu simpati
Untuk sekian kali

Tidakkah dikau tahu
Rajukku bukan lama
Tak sanggup biar dikau
Hidup dalam sengsara

Namun kasih kau perlu tahu
Jangan persiakan diriku
Ku cuba hilangkan rasa sangsi
Kerana ku cinta padamu

Seperti selalunya kasih
Kan ku cuba tak mengulangi
Hanya itu mampu kuucapkan
Dengan pasti sejujur hati

Maafkan daku lagi
Kau lupa pada janji
Tak perlu rayu cinta
Mengubat sarat jiwa

Mengusung Rindu -

June 17, 2004

Tajuk/Lirik Lagu: Mengusung Rindu
Penyanyi: Spin

Dalam hati ini ada nama mu
Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam diri ini ada sayang mu
Sayangnya diri mu tidak mengerti

Dalam senyuman ini ada tangisan
Tangisan seorang insan terluka
Dalam jiwa ini ada pilunya
Pilu yang membuat aku menangis
Oh hibanya… oh..

Sayu hati… sayu sekali
Melihat engkau berpimpin tangan
Dengan sidia
Sakit hati… sakit sekali
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai

Sungguh terhina letih tidak bermaya
Rasa terkilan bunga yang ku puja
Kini mekar harum di jambangan orang
Kau yang ku sayang
Aku yang gundah

Kalau tahu sakit begini
Tidak aku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyanyangi mu
Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu…
Ku tak berdaya