Pedih -
June 20, 2007
Tajuk/Lirik Lagu: Pedih
Penyanyi: Ella
Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini
Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela menangis
Kemudian hari
(Korus)
Hilang kekasih mungkin berganti
Yang ku harapkan teman sejati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini
Ho..ho..ho..
Ho..ho..ho..
Teman sejati
Ho..ho..ho..
Ho..ho..ho..
Berpisah di sini
Perpisahan -
June 19, 2007
Tajuk/Lirik Lagu: Perpisahan
Penyanyi: Anuar Zain
Ku Mengerti Perpisahan Ini
Bukan Kerana Kau Membenci
Tapi Kasih Yang Pernah Ku Beri
Tiada Lagi Bersama
Sering Kala Aku Terlihatkan Mu
Impian Nan Indah Julang Bahagia
Ku Harungi Hari Demi Hari
Bersama Wajah Tak Mungkin Akan Kembali
Tapi Hati Masih Tak Terima
Ditinggalkan Sengsara
Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Perasaan Hati Masih Rindu
Kekalutan Ini Hanyalah Untukku
Tercari-Cari Bayanganmu
Tak Sanggup Aku Kehilangan
Kehilanganmu
Oh.. oh..
yea… yea..
Masih Tercari-Cari
Keraguan Ini Bukanlah Padamu
Masih Tercari-Cari Bayanganmu
Tak Sanggup Aku Kehilanganmu
Sonata Musim Salju -
June 10, 2007
Tajuk/Lirik Lagu: Sonata Musim Salju
Penyanyi: Hazami
Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhana lah seluruh pancaindera
Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untuk ku
Kau tiada dua
(Korus)
Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta
Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti
Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restui Illahi
(Ulang Korus)
Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama
(Ulang Korus)
Satu Dalam Sejuta -
June 6, 2007
Tajuk/Lirik Lagu: Satu Dalam Sejuta
Penyanyi: Amy Mastura
Tidak kupercaya seindah bayangan
Dengan kemunculan dirimu
Bagai sempurna kehidupan di dunia
Kau mewarnai hitam putih di kalbu
Kaulah senyuman dibalik tangisan
Kau mencetus inspirasi hidupku
Memberikan harapan setelah dikecewa
Bagaikan mimpi termakbul menjadi nyata
(Korus)
Kupasti kau hanya satu di dalam sejuta
Insan teramat dicinta dan teristimewa
Syukur pada Ilahi kau anugerah dunia
Ternyata kau hanya satu di dalam sejuta
Mungkin kau satunya insan dicipta untukku
Memberi semangat dalam ketakutan
Ku mendoakan sejahtera mengiring usia
Kerna dunia tak seceria
Tanpamu bersama.. woo..
(Ulang Korus)
Tidak kenal erti hampa dan duka
Kau ibarat suria di malam gelita
Tidak mungkin lagi ku seperti dulu
Kerana kali pertama kumendalami cintaku
(Ulang Korus)
Ku pasti kau hanya satu satunya
Insan teramat dicinta dan teristimewa
Syukur pada Ilahi kau anugerah dunia
Ternyata kau hanya satu di dalam sejuta
Ternyata kau hanya satu di dalam sejuta





