Di Antara Gadis -

November 30, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Di Antara Gadis
Artis: Dinamik

Antara gadis yang ku temui
Kau saja kini dalam renungan
Mungkin kerana dengan senyuman
Terpegun diriku

Ketika bayu mencium pipi
Suria pula terasa hati
Kerana dikau sungguh rupawan
Terpaku diriku

Mengapakah kau melangkah pergi
Ketika ku masih perlu
Menatap wajahmu kali akhir
Dan lantas menyelam rindu

Antara bebunga yang menyeri hidup
Kau jadi ratu
Antara delima yang menyinar lama
Kau berkilauan

Biar Putih Tulang -

November 30, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Biar Putih Tulang
Artis: Dinamik

Langkah terhenti
Degup jantung berderai
Terus menanti seribu tahun lagi
Rela aku begini dalam suasana yang sepi
Walau tersembuyi di malam gelap gelita

Mendung hadiri bumbung telah ku bina
Yakin diriku tahu engkau menjelma
Terbakar dalam hujan
Mustahil bagi diriku
Banjir dalam kemarau
Takdir yang akan memastikan

Hajat di hatiku ingin mencapai bintang
Biar beribu batu
Daya aku tak mampu

Patah pujangga biar putih tulang
Jangan putih mata dan kecewa
Biar pun hilang kemana pun jua
Namun semangatku tetap bersamamu

Dilema Rindu -

November 30, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Dilema Rindu
Artis: Dinamik

Di sepi ini aku mencari
Sinar matamu
Lama ku tunggu
Tidak ku temu

Ku ayunkan buaian cinta
Di pohon duka
Berguguran keindahan
Kernamu

(*)
Akanku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam
Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan

Cintaku kau persiakan
Tiada arah haluan
Terbiar sayang

(Ulang *)

Menjelmalah wahai sayang
Biar pun sekilas pandang
Oh di mataku

Di dalam keresahan ini
Inginku mengadu rindu
Apalah dayaku..

Benchinta -

November 21, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Bencinta
Artis/Penyanyi: Faizal Tahir

Benarkan ku tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersamaku
Kaku aku melihatmu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untukku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu

Ingatkah lagi waktu kau bersamaku
Kaku aku melihatmu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kataku
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintaimu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai dirimu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu

Bengang -

November 21, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Bengang
Artis/Penyanyi: Akim AF7

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

(Korus)
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu

(Ulang Korus)

Pergi -

November 21, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Pergi (OST Talentime)
Artis/Penyanyi: Aizat

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

(*)
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

(Ulang *) (2x)

Kau Aku -

November 21, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Kau Aku (OST Merah Puteh)
Artis/Penyanyi: Aizat

Kau dan aku adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku engkau
Selalu ada

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

(Korus)
Mengejar mimpi yang pasti
Akan aku sentiasa merasa
Kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti walau di mana kita berdiri
dia dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Semua tak terang di mataku
Walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku tak akan cuba

Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa

(Ulang Korus)

Akhirnya nanti…
Biar sampai akhirnya nanti
Wooo…

(Ulang Korus)

Biar sampai akhirnya nanti (4x)

Masih Jelas -

November 21, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Masih Jelas
Artis/Penyanyi: Hafiz AF7

Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Penjara.. hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda
Kehilangan..

(Korus)
Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Ratib sendu..
Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku keranamu dipisahkan

(Ulang Korus)

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Pakai Buang -

November 21, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Pakai Buang
Artis/Penyanyi: Stacy

Kenapa bah kau berubah…kenapa bah (2x)

Hello…kenapa kau tak jawab telefon
Dah berlepuh jari menekan nombor sama
Lepas berkali kali ku cuba

Ku sangka kau betul…betul jatuh cinta
Bodoh sungguh untuk terus percaya
Habis madu sepah dibuang sahaja

(Korus)
Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Biar lah lebih dari sehari
Apakah kau sangka ku cinta segera
Sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Tidak mungkin hanya sementara
Apakah kau sangka ku cinta segera
Bayangkan la apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah…kenapa bah (2x)

Baru saja kenal
Kau muncul semula
Mengatakan kau sudah berubah
Pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut
Hampir hampir ku mengalah
Untuk memberi kita peluang kedua
Tapi kini ku lebih arif
Untuk percaya janji lelaki..

(Ulang Korus)

Kenapa bah kau berubah…kenapa bah.. (4x)

Jangan..jangan…jangan permainkan

(Ulang Korus) (2x)

Aurora -

November 21, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Aurora
Artis/Penyanyi: Estranged

Aurora oh aurora
Pentingkah kamu itu
Kenapa aku terpegun?

Aurora oh aurora
Selalu disanjungi
Pernah ditanya mengapa?

Ku tatap, berseri, berwarna hijau
Yang menawan sanubari

Walaupun jauh
Kamu dekat di hati
Pandanganku menantimu
Aurora
Kamu memberi
Kembali mencari..

Aurora oh aurora
Dari manakah kamu
Kekal kamu sungguh jauh

Aurora oh aurora
Tidak ada bunyimu
Sanggup aku tetap menunggu
Terdiam kerana berwarna ungu
Ku putuskan biar bisu

(*)
Walaupun jauh
Kamu dekat di hati
Pandanganku menanti mu
Aurora..
Kamu memberi
Kembali mencari…..

Malam ini
Aku sendiri
Menumpu langit sambil berkata
Gembira kamu disana…….

(Ulang *)

Ku lihat, tersenyum, berwarna merah
Ku tau kau selamat

Next Page »