Istana Cinta -

December 31, 2009

Tajuk Lirik Lagu: Istana Cinta (OST Cinta Balqis)
Artis/Penyanyi: Eira Syazira

Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan
Yang merantaiku

Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui

(Korus)
Tuhanku titiskanlah rahmatmu yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu

Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti
Istana pasti

(Korus)
Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu

Berangta Cinta -

December 27, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Berangta Cinta (In Love)
Artis/Penyanyi: Adi Putra

Aral berhelah
Pada malam baiduri
Terang baru khayal

(*)
Rindu pada
Kekasih yang menjauh
Lalu rajuk tersentuh
Hatiku yang luluh

Di angin lalu nada rindu
Menyusuk kalbu
Sering terpanggilku
Melewati menjalani

Melakar kebenaran lafazkan
Cinta pada kesetiaan
Berangta cinta nan abadi

Susun kata epilog suci
Berjanji pada yang telah
Bersaksikan sayang
Di rohani .. oh hooo

(Ulang *)

Kiranya keris kaulah hulu
Hatimu arah kau kan tahu
Betapa kasihnya perindu..

Begitulah juga diriku
Usahlah kerana setitis lautan
Tanah sekepal digunungkan

Berangta Cinta… Berangta Cinta…
Berangta Cinta… Berangta Cinta…
Berangta Cinta… Berangta Cinta…

Cela -

December 27, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Cela
Artis: Boneca

Rabak mataku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mataku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

(*)
Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudahku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kiniku bakari
Dulu menunduk
Kiniku celik
Kau bermain api….

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan celaku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan celaku

Mengapa..
Tidak engkau cermin saja
Dirimu yang sempurna mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa..
Tidak kau bercinta saja
Dengan dirimu yang sempurna mempesona
Ku bahagia dengan cela

(Ulang dari *)

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Cinta Arjuna -

December 27, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Cinta Arjuna
Artis: Aliff Aziz

Ku peluk indah manisnya cinta
Semuanya terasa indah
Bagai di alam cerita cinta
Hadir bahagia selama-lama

(*)
Katamu kekasih yang sedang kita alami
Takkan kekal ‘tuk selamanya
Mengapa kekasih tiada kau percaya
Kebenaran cerita kita

(**)
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna, arjuna di hatimu
Percayalah oh puteri…

(Ulang *)
(Ulang **) (3x)

Ooooh… Percayalah bidadari….

Aku Pergi -

December 18, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Aku Pergi
Artis: Maximus

Ku sedari aku
Aku bukanlah untukmu
Kerna jiwa kita
Yang tak mungkin bersatu

huuu.. huuuu..
woohooo… huuu..

Tetapku mencuba
Tak melukaimu, tak daya aku
Kaulah yang terindah
kau tetap ku damba, kaulah dewiku

(Ulang 3x)
Biarlah ku pergi dari sisimu
Diriku tak mungkin bersatu denganmu..
Cinta yang mengalir
Itulah cintaku
Di cipta untuk kamu
Namun aku bukanlah yang terbaik untuk kamu…

Bagai Puteri -

December 17, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Bagai Puteri
Artis: Breakfast

Jika aku jadi bintang
Kan ku berikanmu
Cahaya sinar cinta
Yang terapung bagaikan puteri
Yang cantik sekali
Indah senyummu penawar hati

(**)
Kau gadisku mimpi
Dalam tidurku
Tak puas malamku bersamamu.. oh
Ku berlari jauh mengejar cintamu
Agar kau kan menjadi milikku

(*)
Hati, hatiku runsing
Bila kau tiada takkan sempurna rasa
Jiwaku oh
Aku perlu kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu ..

oooh yeahh..

(Ulang *)
(Ulang **)

Biar Mati Cinta Ini -

December 16, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Biar Mati Cinta Ini
Artis/Penyanyi: Maximus

Sepinya waktu
T’lah nyata ku bina
Yang ku persiakan
Berakhir lalu di tanganmu

Hasratku yang tersimpan
Dalam hati yang terpadam
Akan ku perjuang kan sepi ini.. hooo..

Terungkai sudah ku rasa
Apa yang telah tercipta
Akan ku hembus akan ku helah nafas cinta
Biar mati di sini

Seumur Hidup -

December 16, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Seumur Hidup
Artis/Penyanyi: Dafi

Bermula dengan senyuman
Menjadi daya tarikan
Lalu hati memaksa
Mendekati dirinya

Sedikit demi sedikit
Aku semakin tertarik
Hinggalah tanpa sedar
Ku dalam kawalannya

Diri ini dah tak bisa lari
Diberkas untuk dihadapkan ke mahkamah cinta

(Korus)
Yang arif izinkanku
Membuat pengakuan
Bersalah ke atas semua
Tuduhan yang disabitkan
Tak guna peguam bela
Kerana cukup nyata kujatuh cinta dengan
Niat maka hukumlah ku
Bersamanya seumur hidup

Aku rela dipenjara
Di dalam sangkar hatinya
Biar seribu tahun
Pun rasanya tak cukup

Setelah lama mencari
Pasangan di sanubari
Kini sudah terjumpa
Dan dialah orangnya

Diri ini dah tak bisa lari
Diberkas untuk dihadapkan ke mahkamah cinta

(Ulang Korus) (2x)

Rasopariso -

December 16, 2009

Song Title: Rasopariso
Artist: XPDC

Rambut samalah hitam
Bila dipandang
Tapi belumlah tentu
Sama warnanya
Di dalam tiada gambaran
Di dalam penuh dugaan

Walau apa telahan
Ada batasnya
Biarlah berpada
Kita amalkan
Hati perlulah di dada
Syukurnya sepanjang masa

(**)
Perlulah bergandingan
Sepanjang zaman
Apakah yang datang
Tetap bertahan
Biarpun susah bertamu
Akulah rakan taulanmu

(*)
Tak perlu mendabik
Dadamu yang sempit
Tunduk bak padi
Semakin berisi
Merendah tiada rugi
Dunia pun senang hati
Larilah ke depan
Mengejar impian
Hitam yang semalam
Jadikan sempadan

Kita kan orang harapan
Tak lekang hulurkan salam

Rasopariso dalam hati
Rasopariso tiada henti

(Ulang *)
(Ulang **)

Bertamu Di Kalbu -

December 15, 2009

Tajuk Lirik/Lagu: Bertamu Di Kalbu
Artis: Jacklyn Victor

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Laluku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu…

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri…

(*)
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia….

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri…

(Ulang dari *)

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu..

uuuuuu.. uuuuu… uuu…

Next Page »