Satu Impian -

January 30, 2010

Tajuk Lirik/Lagu: Satu Impian
Artis: Dayana Idola Kecil 2

Di sini aku mencari
Akhirnya aku temui
Kuntuman asmara berbunga di hati
Kau dan aku berjanji

Dan ternyata sudah bayang dicipta
Berbalas tanpa ada dusta
Menerusi hati
Berserak rasa
Sebalik udara

Inilah erti pengorbanan
Kasih yang kuberikan
Kisah hidup yang masih panjang
Kucari jalan kesudahan
Satu impian

Bias Cinta -

January 29, 2010

Tajuk Lirik/Lagu: Bias Cinta
Artis: Desire

Biar pun jauh diriku kembara
Ke alam rindu berkalongkan cinta
Tersemai kasih
Hanya padamu

Bias cintamu menyentuh di jiwa
Lirik matamu panahan arjuna
Hanyamu kasih ku izin terlena
Di persada hati ini

(**)
Puisi cintaku lagukan
Mengarak restu untuk kita
Kamar hatimu kuserikan
Dengan kembang jambangan cinta…

(*)
Biar berjuta tangan menghalang
Namun cintaku tetap padamu…

(Ulang *)

Tetap padamu…..

(Ulang dari **)

Terkilan Rasa -

January 27, 2010

Tajuk Lirik/Lagu: Terkilan Rasa
Artis/Penyanyi: Azlina Aziz

Sepanjang pengembaraan meniti usia
Ku dibuai mimpi berbagai rupa
Manusia dengan kesetiaan
Bagai pantai dan lautan

Andai hidupku ini aku merasakan
Akhirnya mimpi jadi kenyataan
Kelopak bunga disudut hati
Sekadarlah perhatianmu

(*)
Syair pantun dan kiasan
Tersusun madah tiap lembaran
Demikian indah terjalin ikatan
Ku menjadi alat dalam kelembutan
Ku membakar kasih
Ku bebas sang sendiri

Kerana patuh pada kata janji
Terkilan rasa bila dikhianati
Dulu budi kini gaya dah lupa
Tersisihku kan menukar harap

(Ulang dari *)

Tiada Noktah Cinta -

January 26, 2010

Tajuk Lirik/Lagu: Tiada Noktah Cinta
Artis: Fauziah Latiff

Kesepian memberi waktu padaku
Renungi saat-saat indah bersamamu
Antara kita tak pernah terucap madah
Melafaz janji setia rasa…

(*)
Perpisahan ini memberi sejuta erti
Mengajar kita mengenali diri ini
Tak perlu ada ungkapan berbahasa
Kita sedia memakluminya

Tiada kata pembukaan
Tiada berperenggan
Tiada akhiran
Tiap ruang hati
Telah bersemadi
Tiadaku temui
Noktah cinta ini

(Ulang dari *)

(**)
Tiap ruang hati
Telah bersemadi
Tiadaku temui
Noktah cinta ini.. (ohh)

(Ulang **)

Mainan Jiwa -

January 25, 2010

Tajuk Lirik/Lagu: Mainan Jiwa
Artis: Rini AF7

Semanis vanilla
Di atasnya whipped cream
Selalulah dengan senyummu..

Selembut mentega
Yang cair di bibir
Kau lontar kata-kata manja..

(*)
Apa sebenar yang kau pendamkan
Di dalam hati buat diriku
Yang tidak arif permainan jiwa
Atau sekadar mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma para wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan
Yang kau pendamkan dihatimu buatku..

Halus karamel
Dihidangan jeli
Sentuhan pada jejarimu

Senyaman aroma
Dari cangkir latte
Perasaan tenang ku denganmu..

(Ulang *)

Yang kau pendamkan dihatimu buatku..

(Ulang *)

Atau sekadar mahu mencuba kekuasaanmu
Oh.. Memukau sukma wanita
Yang serba naif sepertiku
Apakah sebenarnya
Yang kau pendamkan

Apa sebenar..
Kau pendamkan buatku dalam permainan jiwa
Yang serba naif

Ataupun sekadar mahu mencuba kekuasaanmu
Memukau sukma wanita

Apakah sebenar-benarnya.. Katakanlah..
Yang kau pendamkan dihatimu buatku..

Bila Rindu Ku sebut Namamu -

January 25, 2010

Tajuk Lirik: Bila Rindu Ku sebut Namamu
Artis: Siti Fairuz

Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu merindu

Bilaku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasaku bertemu
Aku jadi tak menentu
Menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita

(*)
Apa khabarmu di sana kekasihku
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biarku merindu
Jangan biarku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu..

Bilaku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmu
Indah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang
Betapa aku merindu kepadamu

(Ulang dari *)

Usah bertanya Lagi -

January 25, 2010

Tajuk Lirik: Usah Bertanya Lagi
Artis: Siti Fairuz

Ku lindung kepiluan hati ku
Agar tiada siapa yang tahu
Di sebalik senyum mesra
Di sebalik gurau senda ku terluka

Engkau kagum melihat sikapku
Yang tenang selalu
Tapi hakikatnya ku amat kecewa
Dalam senyumku sengsara

(*)
Usah berkirim salam melalui temanmu
Usah bertanya lagi tentang diriku
Usah diungkit-ungkit kisah nan lalu
Usah kau kenangkan saat-saat manis yang pedih menghiris

Masih kau terlalu ku sayangi
Walau aku ingin kau kembali
Namun kerna harga diri
Biarlahku pendam hasrat hati..

(Ulang dari *)

Wajah Cinta -

January 25, 2010

Tajuk Lirik: Wajah Cinta
Artis: Siti Fairuz

Ku mencari, kau mencari, wajah cinta
Ku bicara, kau bicara, tak sekata
Bukan erti cinta palsu yang ku nanti
Bukan juga cinta suci yang kau beri

Cinta bukan dijual-beli
Cinta bukan dilihat diri
Cinta murni betapa sukar ditemui
Puas sudah ku mengerti
Puas sudah kau memberi
Tiada juga pertemuan yang abadi

Ku pun tahu, kau pun tahu erti cinta
Ku katakan, kau katakan, tiada cinta
Seharusnya kita lupakan segalanya
Hanya kepada Nya kita menyerah

Mata -

January 25, 2010

Tajuk Lirik: Mata
Artis: Noorkumalasari

(*)
Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya (Mata oh mata)
Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya (Mata oh mata)

(Ulang *)

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah ooh sayang
Mengasyikkan hati

(**)
Oh mata memandangku
Membuatku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku..

(Ulang **)
(Ulang dari *)

Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi -

January 24, 2010

Tajuk Lirik/Lagu: Ku Kehilangan Cinta 3 Dimensi
Artis: Lefthanded

Biar Dari Sudut
Manapun kau lihat diri ini
Walaupun dari atas sekali
Semua adalah sama

Biarpun cantik mengalah didadari
Namun hatiKu Tidak mungkin
Kau dapat menguasai

Tiada cinta tiga dimensi
Sesama kita lagi
Engkau hanyalah gurisan hati
Dilukis di atas bumi

Terpadam sudah pandangan yang indah
Yang engkau gambarkan
Di suatu ketika dahulu

Apa yang tinggal
Kini hanyalah satu dimensi
Apa yang tinggal kini hanyalah
Yang sulit dan sepi

Next Page »