Ahmad Jais

Bunga Kupuja Di Petik Orang

Tajuk/Lirik Lagu: Bunga Kupuja Di Petik Orang
Artis/Penyanyi: Ahmad Jais
Genre: Pop Yeh Yeh

Ingin memetik bunga yang kembang
Untuk hiasan dalam jambangan
Apakah daya nasibku malang
Bungaku puja dipetik orang

Namunku takkan putus asa
Banyak mekar di dalam taman
Walau seribu tahun tak apa
Asalkan kembang jadi idaman

Sungguh kasihan bunga bermadu
Ditinggal kumbang sesudah layu
Apakah ini suratan dirimu sayang
Setelah layu tiada yang mahu

Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri jagalah nama
Agar kamu tak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana

Sungguh kasihan bunga bermadu
Ditinggal kumbang sesudah layu
Apakah ini suratan dirimu sayang
Setelah layu tiada yang mahu

Dari itu ingatlah bunga
Jaga diri jagalah nama
Agar kamu tidak dipersia
Oleh sang kumbang yang durjana
Oleh sang kumbang yang durjana..

Leave a Reply