Selamat Berhari Raya

Selamat Berhari Raya

0 Comments 📁 Al-Mizan
Selamat Berhari Raya

Tajuk Lagu: Selamat Berhari Raya
Artis: Al Mizan (Faridah M Amin)

Bismillahi dibaca
Setiap masa usaha
Sembahyang lima waktu
Mestilah diutama

Puasa di bulan ramadhan
Itulah diamalkan
Zakat dan juga fitrah
Wajiblah dikeluarkan

Puasa di bulan ramadhan
Itulah diamalkan
Zakat dan juga fitrah
Wajiblah dikeluarkan

Selamat berhari raya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Hari yang bahagia

Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maaflah lahir batin
Pada saudara semua

Mohon ampun dan restu
Kepada ibu bapa
Maaflah lahir batin
Pada saudara semua

Semua berhari raya
Menyambut kemenangan kita
Selama di bulan puasa
Menahan lapar dahaga

Orang yang berpuasa
Allah beri ganjarannya
Orang yang ingkar leka
Berdosa akan dimurka

Orang yang berpuasa
Allah beri ganjarannya
Orang yang ingkar leka
Berdosa akan dimurka

Berselawat ke atas nabi
Nabi Muhammad Rasullullah
Bersedekah daripada rezeki
Berdoa kepada Allah

Muslimin dan muslimat
Wajiblah beribadat
Di masa kita sihat
Sebelumnya terlambat

Selamat berhari raya
Aidilfitri mulia
Selamat Hari Raya
Kita bersukaria

Bersalam bermaafan
Harapan lah diberi
Jika lanjut usia
Tahun hadapan jumpa lagi

Share this lyrics with friends

Other Lyrics

Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pinta

Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pinta (0)

Tajuk Lagu: Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pinta Artis: Al Mizan (Faridah M Amin) Ku mengambil kesempatan untuk menghulur tangan ini Dengan hati

Read More


No Comments

Sorry, No Comments, Yet !

There are no comments for this article at this moent, but you can be first one to leave a comment.

Got something to say?

Your email address will not be published. Required fields are marked *