Altimet

Kotarayaku

Tajuk Lirik Lagu: Kotarayaku (Kuala Lumpur)
Artis: Altimet feat Noh Hujan

Ohh, kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalanan mu

aha,
Ini kotaraya yang sering berkata
Kalau berani ayuh mari cuba saya
Siapa mahu cuba, dicabar semua
Si kota terima dengan tangan terbuka

Apa hasratnya bila ditanya
Si kota hanya senyum selamba
Apa kamu mahu semuanya bisa
Jemput ke rumah ku sila sila

Di dalam hatinya banyak rahsia
Banyak kisah benar ramai saksinya
Ada yang gagal ada yang berjaya
Ada bersahaja ada capai kerjaya

Ada rezeki yang melimpah ruah
Hingga kurang nasi terlebih kuah
Ada yang sial ada yang bertuah
Cerita sama hanya watak berubah di Kuala Lumpur

Ohh, Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur

Ohh, kotarayaku
Kisah seribu satu
Abadi di jalanan mu

Ini kotaraya talam dua muka
Katanya madu kau disuap cuka
Selepas dibelai hatimu di luka
Dipijak kepala lepas di beri muka

Kau kan ditelan lantas diludah
Pesta sementara sesal tak sudah
Lampu berkelipan bikin hati buta
Hidup serba laju trafik kura-kura

Bukan main main tapi tetap selamba
Suasana berubah bila malam melanda
Lihat anak muda yang tak punya
Tujuan berlumba guna kuasa kuda

Jangan salah laku cuba lawan syahdu
Senyala lilin mengejar wap *slurrrp
Ramai yang gagal bila di duga
Tapi masih ramai yang berani cuba di Kuala Lumpur

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur

Ohh, kotarayaku (kotarayaku)
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Aku rehat sebentar, di kaki lima
Yang jadi riba, melayan minda
Aku sedar kota, sekadar latar
Untuk opera hidup yang bermain di layar lara

Ohh Kuala Lumpur
Kau yang tak pernah tidur
Menjaga mimpi yang luntur

Ohh, kotarayaku (kotarayaku)
Kisah seribu satu
Abadi di jalananmu

Leave a Reply