Tolong Ingatkan Aku

Tolong Ingatkan Aku

2 Comments 📁 Ana Raffali
Tolong Ingatkan Aku

Tajuk Lirik: Tolong Ingatkan Aku
Artis: Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita



2 Comments

  1. 🕔 6:21, 06.March 2011

    HANI

    kak ana dap tol lagu tu

    reply comment
  2. 🕔 11:00, 18.June 2011

    nadiah binti IDRIS

    LAGU NI MEMANG MENUSUK KALBU

    reply comment

Got something to say?

Your email address will not be published. Required fields are marked *