Seribu Bintang - Alleycats

July 25, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Seribu Bintang
Artis/Penyanyi: Alleycats

Inginku pergi jauh darimu
Agarku kenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agarku kenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama ku hidup melara
Telah ku gagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi, bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padamu
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

Telah lama ku hidup melara
Telah ku gagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi, bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

Jangan permainkan cintaku
Jangan permainkan cintaku

Derita Seorang Insan - Alleycats

June 12, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Derita Seorang Insan
Artis/Penyanyi: Alleycats

Sekian lama deritanya
Dia bawa bersama-sama hidup ini
Mengharung masa-masa yang pahit
Namun hatinya tak pernah kecewa

Berjuta-juta peristiwa
Yang tak mungkin lagi dapat dipisahkannya
Begitu kasihnya dibelai dan dimanja
Namun akhirnya kecewa melanda

Kini semuanya sudah berlalu sepi
Dia menangis mengenang kembali
Segala beban ditempuh tiada erti
Bagaikan debu dibawa angin

Dia berjalan penuh hampa
Namun dia terima segala-galanya
Menadahkan tangan kepada Yang Esa
Bersyukur di atas pemberianNya

Kini semuanya sudah berlalu sepi
Dia menangis mengenang kembali
Segala beban ditempuh tiada erti
Bagaikan debu dibawa angin

Dia berjalan penuh hampa
Namun dia terima segala-galanya
Menadahkan tangan kepada Yang Esa
Bersyukur di atas pemberianNya

Hatiku Kau Luka - Alleycats

June 11, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Hatiku Kau Luka
Artis/Penyanyi: Alleycats

Mengapa tak kau katakan dulu
Dirimu sudah berteman
Mengapa kau sanggup mempermainkan
Diriku yang setia

Kalau ku tahu kejamnya dikau
Tak mungkin aku tergoda
Kini apa yang telah terjadi
Kau musnahkan segalanya

Hatiku kau luka
Musnahlah segala harapan
Kini kau pergi tiada kata
Tinggal aku keseorangan

Semoga engkau akan berbahagia
Di samping orang yang kau puja
Biar aku menanggung derita
Selamat tinggal oh kasih

Di Tengah Kota - Alleycats

June 11, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Di Tengah Kota
Artis/Penyanyi: Alleycats

Penat berjalan di tengah kota
Mencari teman bukannya mudah
Kalau tak tahu cara bertanya
Kau akan tenggelam

Dibawa arus kesibukan kota
Yang tiada henti dari perubahan
Hidup ini penuh cabaran
Moga dapat bertahan

Kita manusia tiada berkuasa
Untuk menghalang dunia berputar
Hanya usaha untuk sejahtera
Kita harus mencuba

Memang sengsara jika hidup sendiri
Bagaikan hidup tanpa matahari
Oleh dari itu jangan keterlaluan
Pentingkan diri sendiri nanti kau dipulaukan

Kita manusia tiada berkuasa
Untuk menghalang dunia berputar
Hanya usaha untuk sejahtera
Kita harus mencuba

Memang sengsara jika hidup sendiri
Bagaikan hidup tanpa matahari
Oleh dari itu jangan keterlaluan
Pentingkan diri sendiri nanti kau dipulaukan

Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi - Alleycats

June 11, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi
Artis/Penyanyi: Alleycats

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan
oh.. Di bulan Februari

Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi
oh.. Di bulan Februari

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar berduri
Menusuk di hati
Haruskahku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku?
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar berduri
Menusuk di hati
Haruskahku ulangi

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari

Kerana - Alleycats

June 8, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Kerana
Artis/Penyanyi: Alleycats

Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu

Selangkahku tersebut namamu
Tak terasa jiwa ku dipalu
Oleh rindu dan dendam padamu
Dan ketika ini dan di saat ini
Dimanakah dikau

Kau puja bulan yang mengambang
Kau pinta bunga yang di taman larangan
Kau sendakan ku punya perasaan
Dan kau menyatakan bahawa cinta ini
Hanya satu permainan

Mengapakah tak kau rasa
Bukan paras rupa yang sangat ku pinta
Ohh…

Tapi hati yang dapat merasa
Yang kesedihan ini tak lain
Hanyalah kerana mu

Mengapakah ku diluka
Mengapakah harus ku tanggung semua ini
Tidakkah kau merasakan
Kesedihan ini tak lain hanyalah keranamu

Kau puja bulan yang mengambang
Kau pinta bunga yang di taman larangan
Kau sendakan ku punya perasaan
Dan kau menyatakan bahawa cinta ini
Hanya satu permainan

Mengapakah ku diluka
Mengapakah harus ku tanggung semua ini
Tidakkah kau merasakan
Kesedihan ini tak lain hanyalah keranamu

Hingga Akhir Nanti - Alleycats

June 8, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Hingga Akhir Nanti
Artis/Penyanyi: Alleycats

Hingga akhir nanti
Kau tetap jadi pujaan
Walau seribu tahun
Walau seribu zaman
Ku tetap menanti

Hingga akhir nanti
Kau saja idaman hati
Segala rasa cinta
Segala rasa sayang
Hanyalah untukmu
Hingga akhir nanti

Bulan takkan terang
Tanpa seri wajahmu
Hati takkan tenang
Tanpa kehadiranmu
Rindu dalam sepi
Rindu dalam mimpi
Ku tetap menanti
Hingga akhir nanti

Datanglah kekasih
Datanglah padaku
Kesetiaan diriku
Janganlah kau ragu
Betapa ku kasih
Betapa ku rindu
Seandainya kau tahu
Benarnya cintaku
Hingga akhir nanti

Kau saja idaman hati
Segala rasa cinta
Segala rasa sayang
Hanyalah untukmu
Hingga akhir nanti

Bulan takkan terang
Tanpa seri wajahmu
Hati takkan tenang
Tanpa kehadiranmu
Rindu dalam sepi
Rindu dalam mimpi
Ku tetap menanti
Hingga akhir nanti

Datanglah kekasih
Datanglah padaku
Kesetiaan diriku
Janganlah kau ragu
Betapa ku kasih
Betapa ku rindu
Seandainya kau tahu
Benarnya cintaku
Hingga akhir nanti

Kau saja idaman hati
Segala rasa cinta
Segala rasa sayang
Hanyalah untukmu
Hingga akhir nanti

Hingga akhir nanti
Hingga akhir nanti
Hingga akhir nanti

Andainya Aku Pergi Dulu - Alleycats

June 8, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Andainya Aku Pergi Dulu
Artis/Penyanyi: Alleycats

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri

Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah

Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri

Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah

Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri

Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Layang-layang Terputus Talinya - Alleycats

June 8, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Layang-layang Terputus Talinya
Artis/Penyanyi: Alleycats

Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan, penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Ku cuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa, walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita, engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah bagaikan layang-layang terputus talinya

Derita oh derita, engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku lari mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Tapi pasti suatu hari nanti sinar suriakan menjelma

Ku cuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa, walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Bukan Pada Ucapan - Alleycats

June 8, 2011

Tajuk Lirik Lagu: Bukan Pada Ucapan
Artis/Penyanyi: Alleycats

Tak berani mata menentang
Hanya senyum dari kejauhan
Ada rahsia di dalam hati yang tersembunyi

Pada riak di wajahmu
Ku tahu kau menyenangiku
Begitu juga perasaanku
Terhadap dirimu

Biar tak usah kita ucapkan
Ketulusan bukan pada ucapan

Pada ayah dan ibumu
Ku menyatakan hasrat hatiku
Inginku sunting sekuntum melati
Sebagai penyeri di hati

Biar tak usah kita ucapkan
Ketulusan bukan pada ucapan

Pada ayah dan ibumu
Ku menyatakan hasrat hatiku
Inginku sunting sekuntum melati
Sebagai penyeri di hati

Next Page »

54 queries. 4.938 seconds