Kerek - Amuk
May 6, 2011
Tajuk Lagu: Kerek
Artis: Amuk
Lama sudah perasan
Lagak lu yang berangan
Terpacak hidung tinggi
Mata jadi jelik
Bukan nak bikin kecoh
Tapi lu perlu tunduk
Pada pailang yang mula
Bertapak di sini
Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi
(Korus)
Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak gua cukupkan yang kurang ajar
Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua
Takkan la tak perasan
Jika nak dibandingkan
Kita berdua berdiri
Tidak sama tinggi
Jangan sampai dilihat
Gelagat tak kena tempat
Orang lama berpesan
Jangan lawan tuan
Gua pantas berlari
Lu masih merangkak lagi
(Korus)
Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak gua cukupkan yang kurang ajar
Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua
Jangan melawan
Jangan melawan brader
Nanti gua kasi lu
Jangan melawan
Jangan melawan brader
Gua harap lu makan saman
(Korus)
Lu jangan kerek sama gua
Nanti lu sendiri yang susah
Kerana jika tidak gua cukupkan yang kurang ajar
Lu kena respek sama gua
Nanti lu menyesal tak sudah
Kalau nak bikin gempak
Jangan sampai kerek sama gua
Submitted by admin · Artist Amuk
Tak Relevan - Amuk
June 19, 2008
Tajuk/Lirik Lagu: Tak Relevan
Penyanyi: Amuk
Yeah… Yeah…(2x)
Engkau kini tak serupa dulu
Berkawan pun nak pilih bulu
Poket lebat engkau pun rapat(2x)
Memang kau hebat
Hatimu berkarat…
(Ulang)
Engkau kawan tak boleh harap
Kau sememang pandai berpura
Masa senang kitalah teman…Yeah!
Memang……Yeah..Yeah..Yeah…Yeah…Yeah…
Kau kejam…
Masa senang kitalah teman
Masa senang kitalah kawan
Dimasa susah tidak pun kau pandang…
Engkau kini tak serupa dulu
Berkawan pun nak pilih bulu
Pandang serong sebelah mata(2x)
Kau makin sombong semenjak kau kaya…Yeah!
Submitted by admin · Artist Amuk
Aku Mahu Pulang - Amuk
January 23, 2004
Tajuk/Lirik Lagu: Aku Mahu Pulang
Penyanyi: Amuk
Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan
Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu
Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan
Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa
Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia
Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan
Submitted by admin · Artist Amuk
Akar Dan Bumi - Amuk
January 20, 2004
Tajuk/Lirik Lagu: Akar Dan Bumi
Penyanyi: Amuk
Tinggi-tinggi kelapa bali
Kental berdiri
Akar di bumi
Walau bermusim di terik mentari
Tidak sekali lupakan diri
Bila menari dongak ke langit
Langkah mu sumbang salahkan bumi
Silap sendiri tak dipeduli
Terbiar sudah membuta tuli
Baru tengadah menyesal diri
Ikutkan rasa kelak binasa
Kerasnya hati membawa mati
Pentingkan dosa sumpah bertakhta
Megah ilusi mejadi mimpi
Panasnya diri bagai dibakar api
Tinggi-tinggi kelapa bali
Walaupun tinggi kental berdiri
Tidak pernah lupa diri
Tidak pernah megah diri
Mencengkam akar di bumi
Rimbun-rimbun daun dedalu
Tinggi di atas sombongkan diri
Pandang langit lupa bumi
Menumpang menunggu mati
Submitted by admin · Artist Amuk
Seakan Menguji - Amuk
January 19, 2004
Tajuk/Lirik Lagu: Seakan Menguji
Penyanyi: Amuk
Betapa getirnya rindu
Yang kau kikis
Tak terhakis di persisir hati
Walaupun hujan
Menimpa sahara
Tak mungkin hilang
Panas di bumi
Dahagalah musafir
Mengejar realiti duniawi
Kiasnya pujangga
Hamparan penuh suci niatnya
Getar jari jemari ku tahan jua
Menggenggam bara hingga menjadi abu
Luka dan pedih amatlah berbisa-bisa
Hanya kesabaran penawar sejati
Pengorbanan adalah
Satu kemestiannya
Dalam hidup
Walaupun kau diriku
Seribu keresahan
Di mimpi
Cinta bagaikan bebayang
Makin diusir semakin hampir
Apa yang kita impikan
Tak semuanya menjadi
Datangnya seakan menguji
Submitted by admin · Artist Amuk











