Jauh Ke Syurga - Ana Raffali
January 29, 2013
Tajuk Lagu: Jauh Ke Syurga
Artis: Ana Raffali
Ya Allah, kuatkanlah jari jemariku
Agar dia rasa tenang dengan setiap sentuhanku
Merdukanlah gelak tawaku
Agar dia takkan sunyi tiap kali berjauhan
Ulang senda gurauku dalam ingatan
Ku mohon padaMu Ya Allah
Tetapkan hasrat hatiku
Bantuku bawakan bahagia
Jalinkan jodohku dengannya jauh ke syurga
Ya allah, hiaskanlah paras rupaku ini
Agar dia takkan jemu tiap kali menatap wajahku
Warnakanlah hidup kami berdua dengan tona sayang
Walau ada salah faham jangan biarnya dalam, pulih segera
Aku mohon padamu Ya Allah
Tetapkanlah hasrat hatiku
Bantuku bawakan bahagia
Jalinkan jodohku..
Ku mohon padaMu Ya Allah
Tetapkanlah hasrat hatiku
Bantuku bawakan bahagia
Jalinkan jodohku dengannya jauh ke syurga.. oooo
Ya Allah..
Submitted by admin · Artist Ana Raffali
Sehabis Baik - Ana Raffali
March 29, 2011
Tajuk Lirik Lagu: Sehabis Baik (OST Karipap Karipap Cinta)
Artis/Penyanyi: Ana Raffali
Ku mulakan hariku
Dengan segunung harapan
Panjatkan pohon
Pada yang Maha Esa
Kelak langkah kakiku
Kan ketemukan aku
Dengan jawapan
Yang lebih nyata
Entah ini harinya
Ku kan berjumpa dengannya
Jadi ku harus
Berusaha sehabis baik
Lalu dia kan lihat
Semangatku makin ligat
Hingga buruk jadi cantik
Pom pom pom pom (pom pom pom pom)
Pom pom pom pom (pom pom pom pom)
Pom pom pom pom, pom pom, Pom pom pom
Langkah kaki (langkah kaki)
Gerak hati (gerak hati)
Terus kejar bayang yang diimpi
Biarpun sering keliru
Ku tahu ke mana harus ku tuju
Ku lengkapkan diriku dengan seribu pesanan
Namun tak mampu untuk ku ingat semua
Kelak langkah kakiku kan ketemukan aku
Dengan peringatan istimewa
Harap ini masanya
Untukku buktikan semua
Bahawa ku telah berusaha sehabis baik
Mesti aku kan dapat semangatku jadi ubat
Pada jiwa yang tercarik
Pom pom pom pom (pom pom pom pom)
Pom pom pom pom (pom pom pom pom)
Pom pom pom pom, pom pom, pom pom pom
Langkah kaki (langkah kaki)
Gerak hati (gerak hati)
Terus kejar bayang yang diimpi
Langkah kaki (langkah kaki)
Gerak hati (gerak hati)
Terus kejar bayang yang diimpi
Terus kejar bayang yang diimpi
Dengan dia oh sukanya hati..
Submitted by admin · Artist Ana Raffali
Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
September 29, 2010
Tajuk Lirik: Tolong Ingatkan Aku
Artis: Ana Raffali
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Submitted by admin · Artist Ana Raffali
Cuba Jangan - Ana Raffali
August 7, 2010
Tajuk Lagu: Cuba Jangan
Artis: Ana Raffali
Kau suruh ku masak sedap-sedap
Agar ibumu setuju
Aku.. turutkan saja
Ku bergelut dengan sayur, ikan
Yang namanya ku tak tahu
Hingga akhirnya ku capai telefon
untuk panggil bomba.
Aku bukan yang terbaik
Tapi ku cuba, ku cuba
Hanya satu yang ku pinta
Agar kau cuba, kau cuba
Jangan suruh aku jadi seperti dia
Aku tak mahu walau ku daya
Kalau tak nak, usah bilang kau nak
Biar aku jadi seperti aku
bukannya susah untuk mengaku
Ada sebab kau tinggalkan dia
Kau suruh ku makeup lawa-lawa
Agar temanmu cemburu
Aku.. tepekkan segala
Ku bergaduh dengan bedak, gincu
yang tak serasi dengan ku
Hingga akhirnya kau temankan aku
ke klinik pakar.
Aku bukan yang terbaik
Tapi ku cuba, ku cuba
Hanya satu yang ku pinta
Agar kau cuba, kau cuba
Jangan suruh aku jadi seperti dia
Aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak, usah bilang kau nak
Biar aku jadi seperti aku
Bukannya susah untuk mengaku
Ada sebab kau memilih aku
Mana mungkin ku kan terima
Jadi bayang-bayang dirinya
Dan berhenti menjadi aku.
Jangan suruh aku jadi seperti dia
Aku tak mahu walau ku daya
kalau tak nak, usah bilang kau nak
Biar aku jadi seperti aku
Bukannya susah untuk mengaku
Ada sebab kau memilih aku
Submitted by admin · Artist Ana Raffali











