Bahagia Sementara - Jamal Abdillah
December 21, 2011
Tajuk Lagu: Bahagia Sementara
Artis: Jamal Abdillah
Tak pernah aku meraguimu kau menawanku
Hadirmu merawat sepi di ruang hati ini
Kau meyakinkan duka berakhir menjelma bahagia
Tapi mengapa kau pula pergi ketika kasih mekar
Katakanlah mengapa perpisahan yang kau pinta dariku
Mengorbankan kasih cinta kita oh mengapa?
Katakanlah apa salah dan silapku padamu kekasih
Di manakah keadilanmu kepadaku?
Berbeza benar pendirianmu
Berubah hanya sekelip mata
Mengapa kasih bahagia kita sementara
Katakanlah mengapa perpisahan yang kau pinta dariku
Mengorbankan kasih cinta kita oh mengapa?
Katakanlah apa salah dan silapku padamu kekasih
Di manakah keadilanmu kepadaku?
Berbeza benar pendirianmu
Berubah hanya sekelip mata
Mengapa kasih bahagia kita sementara
Kerana ini permintaanmu ku akur sahaja
Melupakanmu tak semudah itu
Kerna kau terlalu istimewa
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah
Penghujung Rindu - Jamal Abdillah
December 5, 2011
Tajuk Lagu: Penghujung Rindu
Artis: Jamal Abdillah
Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir cinta
Tiada terbatas dengan kata-kata
Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia
Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna kasih ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa
Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah cinta kita
Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas hati
Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar cinta
Kita bertemu di penghujung rindu
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah
Tiada Kata Secantik Bahasa - Jamal Abdillah
April 26, 2011
Tajuk Lirik Lagu: Tiada Kata Secantik Bahasa
Artis: Jamal Abdillah
Tiada kata secantik bahasa
Untukku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjukkan perasaan
(*)
Oh dinda puspa gemala
Mengharum jiwa.. hmm
Dinda puspa gemala
Mustika kanda
Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar
Tiada kata secantik bahasa
Untukku puji adinda
Untukku puji adinda..
(Ulang *)
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah
Zapin Berpesan - Jamal Abdillah
April 23, 2011
Tajuk Lagu: Zapin Berpesan
Artis: Jamal Abdillah
Lamalah sudah
Hambalah mengidam hambalah mengidam
Menyanyi lagu, menyanyi lagu irama dulu
Indah pantun gurindam jiwa
Bagai alun suara bonda
Suara bonda waktu di riba
Kalau tidur sudah terjaga
Mahu saja rasanya hamba tidur semula
Lembut irama membelai di jiwa membelai di jiwa
Sentuhan kasih, sentuhan kasih bonda tercinta
Kalau rindu mulut berdendang
Lagu dulu lagulah dulu
Nyanyian bonda nyanyianlah bonda
Kalau salah maafkan hamba
Bukan hamba canggung berdendang lagu Melayu
Bukanlah madah sebarang madah
Madah pusaka tinggalan yang dulu
Bukanlah megah sebarang megah
Megah berdendang irama dahulu
Pesanlah ibu
Kalaulah berkata, kalaulah berkata
Rendah suara, rendah suara jangan meninggi
Hati orang perlu dijaga
Jangan sampai tersinggung rasa
Tersinggung rasa, sampai ke mati
Adat lama jangan dilupa
Itu sendi tegaknya budi
Pesanlah bonda
Janganlah canggung, rentak rebana
Biar serasi hai dengan tarinya
Bila dijunjung adatlah lama
Baru Melayu rasalah di jiwa
Walau di mana letaknya diri
Adat pusaka janganlah dilupa
Warisan bangsa jangan ke tepi
Itulah pesan pusakalah bonda
Pusaka bonda
Pusakalah bonda..
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah
Tak Hilang Cinta - Jamal Abdillah
April 18, 2009
Tajuk Lagu: Tak Hilang Cinta
Penyanyi/Artis: Jamal Abdillah
Ku Hanya menagih cinta
Menulis kerinduan
Ku selalu menyeru namamu
Tanpa jemu dan ragu
Ku menulis puisi cinta
Dari sepi malam yg gelita
Hingga ke kuburu siang
Agar cinta ini mekar selamanya
Tak hilang cinta didunia
Walau beribu tahun
Oh tuhan tolong la aku
Abadikan cinta ini
Walaupun terluka jiwa ku merana
Kan ku pasrah untuk bercinta lagi
Ku terus bercinta dan dicinta
Untuk selamanya
Cinta yg hadir
Menilai kesucian hati
Saling mengerti akan berkekalan
Tak hilang cinta di dunia
Walau beribu tahun
Oh tuhan tolong la aku
Abadikan cinta ini
Walaupun terluka jiwa ku merana
Kan ku pasrah untk
Bercinta lagi
Ku terus bercinta dan dicinta
Untuk selamanya..selamanya…oh…oh
Selamanya..
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah
Suratan Kasih - Jamal Abdillah
April 6, 2008
Lirik/Tajuk Lagu: Suratan Kasih
Penyanyi: Jamal Abdillah
Untuk apa lagi
Sumpah dan janji
Yang tak pernah tertunai sejak dulu
Untuk berapa kali lagi
Berperang dengan perasaan
Yang membakar keyakinanku
Apa perlunya cinta
Untuk merana
Tak pernah ku lihat
Kesakitan dan kekuatan
Walau setitik madunya tak pernah ku merasa
Salah dan benar di matamu
Hanya permainan
Kau pemburu
Yang mencari mangsamu
Apakah ini suratan
Yang telah pun ditentukan
Menjelma untuk mendugaku
Berikan sedikit kemanisan pengubat luka
Segunung impian
Ledak menggegarkan
Perasaan
Rakus tersiksa dan ranaplah cintaku
Hingga terlupa bahawa cinta
Hanyalah perasaan
Yang bisa menghancurkan
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah
Luka Di Hati - Jamal Abdillah
April 6, 2008
Tajuk: Luka Di Hati
Penyanyi: Jamal Abdillah
Tiada gunanya ku cerita
Segala kesedihan
Yang tersimpan di hati
Kerana aku terlalu bimbang
Kelak nanti menjadi
Satu beban padamu
Ternyata aku tak berupaya
Menahan kepiluan
Yang semakin mendatang
Akhirnya aku terperangkap
Bersama persoalan
Dan juga harapan
Di wajahku nampak riang
Tapi hati kedukaan
Tiada siapa yang mengerti
Malam dan siang
Aku tempuhi
Hidup yang sepi ini
Alangkah indah
Andainya
Kau sama rasai
Kedukaanku
Dan juga memberi
Aku semangat
Untukku tempuhi
Tiap ujian
Yang bertandang
Pintaku tiada kan berakhir
Selagi kau dan aku
Selalu berjauhan
Hanya kau yang mengetahui
Perjalanan hidupku
Serta impianku
Apalah ertinya hidupku
Seandainya kau tiada
Lagi bersama-sama denganku
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah
Lambaian Aidilfitri - Jamal Abdillah
April 6, 2008
Tajuk: Lambaian Aidilfitri
Penyanyi: Jamal Abdillah
Suara takbir berkumandang
Membisik di hati
Sebak terasa di dada
Ku teringat kampung halaman
Di pagi indah aidilfitri
Yang mulia ini
Sayup jauh dingatan
Ayah bonda sanak dan saudara
Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa
Aidilfitri
Disambut penuh gembira
Walaupun di perantauan
Bersyukurlah kepada Illahi
Ku terharu
Merindukan gurauan
Lambaian di desa
Ayah bonda sanak dan saudara
Ampun maaf
Ku pohonkan di angin lalu
Ampuni anakmu
Dari segala keringan dosa
Ayah dan ibu
Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia
Aidilfitri penuh syahdu
Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa
Ampun maaf
Ku pohonkan di angin lalu
Ampuni anakmu
Dari segala keringan dosa
Ayah dan ibu
Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia
Aidilfitri penuh syahdu
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah
Keterlanjuran Denganmu - Jamal Abdillah
April 6, 2008
Lirik/Tajuk Lagu: Keterlanjuran Denganmu
Penyanyi: Jamal Abdillah
Nun semakin jauh
Ku meninggalkannya
Itulah titik hitam kehidupan
Yang ku lalui di masa silam
Usah kau hubungi
Jangan datang lagi
Keterlanjuran lalu waktu denganmu
Memusnahkan hidupku
Ku telah menyedari
Akan kesilapan diri
Kerna terdorong mengikut hati
Aku malu sendiri
Cukuplah sekali sahaja
Tak rela mengulanginya
Ku yang kelemasan
Mengharap bimbingan
Entah siapa nanti sudi mengisi
Kekosongan hati
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah
Kesal - Jamal Abdillah
April 6, 2008
Lirik/Tajuk Lagu: Kesal
Penyanyi: Jamal Abdillah
Bukan bukan ku sengaja
Meruntuh istana yang dibina
Entah di mana silapnya
Begitu suratan cinta kita
Kesal
Seribu kesalan
Terpahat di hati selamanya
Tak mungkin berulang lagi
Cintamu selamanya
Di mana ku cari ganti
Budimu indahnya
Sekarang satu penantian ketentuan Tuhan
Seterusnya
Cinta pengisian jiwa
Bisa tega tandus dahaga
Ku kira pimpinan dari-Nya
Di situlah cinta
Sebenarnya
Warna-warna kehidupan kepadanya gantung harapan
Memang lumrah kehidupan
Tiada yang bebas kesalahan
Kita antara berjuta insan
Ketandusan kasih sayang
Pulanglah pada-Nya
Nikmat bahagia
Ciptaan-Nya
Submitted by admin · Artist Jamal Abdillah











