Zapin Pusaka - Noraniza Idris

June 21, 2008

Tajuk/Lirik Lagu: Zapin Pusaka
Penyanyi: Noraniza Idris
Album: Masyhur (1998)
Komposer: Fadzil Ahmad
Penulis Lirik: Megamutiara

Salam bertaut dianjung hari
Madah dan pantun ada meneman
Malam disambut merenung diri
Langkah tersusun buat pedoman

Walau di mana bumi kan dipijak
Tetap disitu langit kan dijunjung

Secangkir susu belum dipinta
Sudah sedia diatas dulang
Fikir dahulu sebelum kata
Lidah berbisa bukan kepalang

Walau di mana bumi kan dipijak
Tetap disitu langit kan dijunjung

Perawan kampung petik cempaka
Dipetang redup lalu berseri
Jangan dicanggung adat pusaka
Sepanjang hidup malu sendiri

Walau di mana bumi kan dipijak
Tetap disitu langit kan dijunjung

Mana kemudi patah dikerat
Berapa luas biduk kelana
Binasa budi padah melarat
Kerana emas sanggup dihina

Walau di mana bumi kan dipijak
Tetap disitu langit kan dijunjung

Ya Allah Ya Saidi - Noraniza Idris

May 22, 2000

Tajuk/Lirik Lagu: Ya Allah Ya Saidi
Penyanyi: Noraniza Idris
Pencipta: Fadzil Ahmad/Megamutiara
Album: Seri Balas (1999)

Tidak terbayang dalam fikiran
Belum terpandang di mata insan
Halus jelita Sang Bidadari
Emas sutera hiasan diri ( Ya Allah Ya Saidi )

Irama zikir sepanjang waktu
Tenang mengalir sungainya madu
Rendang bidara tidak berduri
Suci harumnya indah sekali ( Ya Allah Ya Saidi )

Hidup umpama tidur dan mimpi
Bila terjaga Ya Allah Ya Saidi

Kuntuman bunga bermusim tidak
Taman kencana buminya perak
Bila pohonan mula bernyanyi
Daun-daunan iring menari ( Ya Allah Ya Saidi )

Betapa nikmat di alam sana
Selama hayat muda mulia
Kurnia tuhan tidak terperi
Kepada insan beriman diri ( Ya Allah Ya Saidi )

Hidup umpama tidur dan mimpi
Bila terjaga Ya Allah Ya Saidi

Hati Kama - Noraniza Idris

April 28, 2000

Tajuk/Lirik Lagu: Hati Kama
Penyanyi: Siti Nurhaliza feat Noraniza Idris
Pencipta: Pak Ngah/Hairul Anuar Harun
Album: Seri Balas (1999)

Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya

Mendengar suara lela lebur
Bertentangan mata panah arjuna
Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara

Adakah dia hamba sahaya
Ataupun bijak mentafsir mimpi
Mungkinkah jua benar diduga
Hingga terusik hati nurani

Tawanlah jiwa ku
Bebaskan sayap juwita
Turutlah janji ku
Tinggalkan segenap lara

Burung yang terbang
Salam utuskan salam
Pada renungan pandang
Selayang pandang

Bukan betara (2x)
Atau pesona (2x)
Insan biasa (2x)
Ah….

Lenggang Lenggok - Noraniza Idris

March 18, 2000

Tajuk/Lirik Lagu: Lenggang-Lenggok
Penyanyi: Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Pencipta: Fadzil Ahmad/Hairul Anuar Harun
Album: Seri Balas (1999)

Lenggang lenggok bergaya senyum manisnya
Sunguh menawan
Paras cantik memikat gaya manjanya
Hati tertawan
Rambut panjang berjurai hitam berkilat
Mayang mengurai
Lemah lembut gayanya tersenyum simpul
Lemah gemalai

Resah jangan diharap pagi yang cerah
Bawa bersenda
Usah bagaikan dedap sungguhpun merah
Harum tiada

Bukan kerana mawar kumbang mengidam
Seri gubahan
Intan tetap bersinar walau terbenam
Di perlimbahan

Cantik baju kebaya pukau warnanya
Berbunga jarang
Baik budi bahasa walau kemana
Dikenang orang

Segar dingin terasa bayu membelai
Tiada henti
Biar miskin kelana asalkan pandai
Mengambil hati

Dondang-Dendang - Noraniza Idris

February 17, 2000

Tajuk/Lirik Lagu: Dondang Dendang
Penyanyi: Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
Pencipta: Fadzil Ahmad/Hairul Anuar Harun
Album: Seri Balas (1999)

Masyhurkan dondang dendang
Kembalikan dondang dendang
Bersua rindu yang lama
Serikan dondang dendang
Bergema di serata buana

Selangkah mengikut rentak (Hai rentak)
Rentak budi rentak bersajak (Rentak budi berentak)
Kata madah hati pujangga
Bagai panah mencari jiwa
Firasat tinggalan ibunda

Searah menyusun gerak (Hai gerak)
Gerak tari gerak sejambak (Gerak tari bergerak)
Sungguh indah seni pusaka
Bagai wajah penyeri rupa
Tersurat bicara rahsia

Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Usah sunyi lena didodoi zaman
Atau hanya tinggal kenangan

Masyhurkan dondang dendang
Ceritakan dondang dendang
Selama hasrat membara
Alunkan dondang dendang
Iramakan dondang dendang
Selagi hayat dijulang masa

Muyahayo muya lanakayo
Muya haye kolo labetaya
Le asale ala lade ama
Pi duniwa niwa la dunia
Le asale ala lade ama
Pi duniwa niwa la dunia

Dikir Puteri - Noraniza Idris

July 21, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Dikir Puteri
Penyanyi: Noraniza Idris
Album: Masyhur (1998)
Komposer: Pak Ngah
Penulis Lirik: Hairul Anuar Harun

Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Hamba puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Tuan puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

Sungguh terdengar bukan igauan
Antan bertingkah sahut-sahutan
Si anak muda pandang-pandangan
Tua melarang dalam senyuman

Malam mengemping terang cahaya
Riuh sekampung asyik bersenda
Walaupun datang dalam bayangan
Diri memandang minta berteman

Satu rumpun satulah kata
Dua hati berpadulah jiwa
Tiga temu setia memangku
Empat pula sudah bersimpul mati

Mari adik mari abang (2x)
Kecil besar tua muda (2x)
Mari sama kasih sayang (2x)
Moga hidup kan bahagia

Walau jauh walau dekat (2x)
Sama-sama muafakat (2x)
Datangnya sementara
Entah esok lusa kembali semula
Kembali semula

46 queries. 0.715 seconds