Motor Kapchai - Senario

December 21, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Motor Kapchai
Penyanyi: Senario

Mari tunggang ramai-ramai
Jalan-jalan pergi tepi pantai
Nampak awek makan buah rambai
Minta sikit dia beri satu tangkai

Aku tanya dia duduk mana
Dia duduk cuma diam saja
Sekali datang seorang jejaka
Rupa-rupa dia punya pakwa

Alamak habis aku mesti kena tibai
Aku pun lari mendapatkan motor kapchai

Naik motor ramai-ramai
Tak ada cukai
Jangan buat pasai
Nanti bila nampak polis
Kena tangkap di bawa
pergi ke balai
Itulah akibatnya kau suka
Menyusahkan orang ramai
Aku dimasukkan dalam lokap
Mintak izin telefon bapak sekejap

Tolonglah bapak kali ini
Aku janji tak buat lagi

Luar balai cangkung ramai-ramai
Motor kapchai habis kena rantai
Sorang-sorang masuk dalam lokap
Duduk diam tak boleh bercakap

Tolonglah bapa mintak tolong bayar saman
Aku dah serik naik tanpa cukai jalan

Naik motor ramai-ramai
Tak ada cukai
Jangan buat pasai
Nanti bila nampak polis
Kena tangkap di bawa
pergi ke balai
Itulah akibatnya kau suka
Menyusahkan orang ramai
aku dimasukkan dalam lokap
mintak izin telefon bapak sekejap

Tolonglah bapak kali ini
Aku janji tak buat lagi

Esok juga ku ambil cukai
Aku dah serik duduk dalam ini balai

Dikir Barat Siang Malam - Senario

August 25, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Dikir Barat Siang Malam
Penyanyi: Safura

Ini dikir barat, dikir barat siang malam
Dikir ramai-ramai abang-abang adik kakak

Ada yang bangun pagi-pagi
Sebab nak buka pintu rezeki
Berniaga jual nasi… bila malam nanti
Kerja sambilan membawa teksi

Cari duit di siang hari
Buang duit di malam hari
Jangan jadi begini… jangan main judi
Tabiat lama jangan ulangi

(Korus)
Tiap hari pagi, petang, siang, malam
Ada pasang surut, timbul dan tenggelam
Ada ketawa, ada menangis, ada yang muram
Muram… suram

Siang hari jalan raya penuh sesak
Kenderaan berasak-asak
Pada malam hari jalan jadik sunyi
Lumba haram pun beraksi

Bila di tangkap semua ke balai
Emak bapak tak sampai-sampai
Tunggu sampai pagi setelah dijamin
Pulang rumah jalan kaki

(Ulang Korus)

Siang-siang hari dia kerja buat rumah
Malam-malam hari jangan kerja pecah rumah
Siang-siang hari dia kerja buat rumah
Malam-malam hari jangan kerja pecah rumah
Ini dikir barat, dikir barat siang malam
Ini dikir barat, dikir barat siang malam

Joget Toleh Menoleh - Senario

March 18, 1999

Tajuk/Lirik Lagu: Joget Toleh Menoleh
Penyanyi: Senario

Apa termenung di atas tangga
Banyakkah masaalah
Buangkan runsing kepala pening
Hindarilah rasa boring

Hai anak dara engkau mengapa
Duduk seorang saja
Apakah dikau dah putus cinta
Dengan anak teruna

Jangan menyesal atau mengeluh
Sampai berpeluh-peluh
Bukannya dia seorang saja
Abang kan ganti tempatnya

Toleh kanan toleh kiri
Toleh depan tapi bukan belakang
Pukul lima jemput dia
Alih alih mak bapaknya yang ada

Menyampah rasa meluat pun ada
Semua serba tak kena
Niat yang baik tujuan ikhlas
Dia pula rasa rimas

Berkata salah tak kata pun salah
Buat aku menyampah
Ditegur nanti kata busy body
Baik aku cabut lari

Ini cerita bukan aku saja
Kome juga kan rasa
Bukan menyindir atau mengata
Ini cerita saja

Zapin Usik Mengusik - Senario

May 22, 1998

Tajuk/Lirik Lagu: Zapin Usik Mengusik
Penyanyi: Senario

Adik pandang-pandang pandang pada siapa
Kalau pada abang hai gembira rasanya
Adik senyum-senyum senyuman yang menggoda
Adik jangan bingung kami belum berpunya

Abang lirik-lirik melirik pada siapa
Kalau pada adik bolayanlah jalannya
Abang kenyit-kenyit kenyit mata buaya
Abang baik sikit nanti ku pulas telinga

Hai cik adik, Ya cik abang
Manis jelita, Biasa saja
Siapa nama, Itu rahsia
Tinggal di mana, Rumah bonda
Bolehkah kami, Boleh apanya abang
Jalan bersama, Oh itu bahaya
Jangan bimbang kami bujang trang tang tang

Hai cik adik sayang jalan melenggang-lenggang
Tak ubah seperti hai putri gunung ledang
Hai cik abang sayang jangan cuba menggoda
Muka cik abang semua tak boleh dipercaya

Hai cik abang, cik adik sayang
Adik bertanya, Nak tanya apa
Kenapa abang, Kenapa saya
Suka buang masa, Memang hobi kita
Nampak bergaya, Itu eksyen saja
Apapun tak ada, Tapi lembu ada
Memang abang semua tak berguna

Hai cik adik, Ya cik abang
Pilihlah saya, Muka tak lawa
Ambillah saya, Misai tak ada
Kalau saya pula, Kurus pula
Dah tentu saya, Botak kepala
Nak macam mana, Hensem bergaya
Kami pun hensem juga ya ya ya ya

Usik mengusik tiada salahnya
Asalkan baik niat di hatinya
Lebih baik bermaafan sahaja
Agar hidup kan lebih bahagia
Bersama

Marilah kita bersalam-salaman
Tanda bermulakan persahabatan
Jikalau ada terkasar bahasa
Bermaaf-maafanlah di antara kita

Bermaaf-maafanlah antara kita

42 queries. 0.715 seconds