Anggun - Zizan Raja Lawak
December 6, 2011
Tajuk Lagu: Anggun
Artis: Zizan ft. Zain Ruffedge & Altimet
Anggun pandangan di mataku
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku
KL KL kosa nostra yang bicara
Ramai ternoda dan ramai yang tergoda
Ini kisah teruna dan juga dara
Bertemu x sengaja ketika ronda-ronda
Bermula Subaru kelabu berpacu
Tersekat pandangan ke arah sesuatu
Tertanya di hati inikah ratu melayu
Bersama ibu, nyata dia ku mahu tahu
Harapku temu di destinasiku
Jodoh tak ke mana, takdir bertemu juga
Merisik tanya siapakah dalam kebaya
Bolehku add Facebook dan Twitter nya
Ibu memandang ku senyum sahaja
Sayonara, ku undur sebentar ya
Malu ku mahu harus bagaimana
Silakan Altimet wakilkan bicara
Anggun pandangan di matamu
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku
Salam, Si Anggun apa khabar
Wajah seperti yg terpampang di layar
Lesung pipit hitam manis petunjuk salasilah
Pekerti seperti saidatina khadijah
Tumpang tanya siapa yang jadi teman
Jawapan tepat tuhan rasul dan qur’an
Tak marah, terkilan pun bukan
Kerna mereka 3 dan aku pun sepasukan
Maaf jika hamba kurang sopan
Tapi sehidup menatap sudah tentu tak bosan
Maaf jikA hamba terlebih melopong
Tapi pusingan ini hamba kalah satu-kosong
Mungkin juga ada pusingan kedua
Mungkin ada jalan untuk anakku ke syurga
Maaf jika kita di cemburui masa
Kalau aku tuannya kita bicara lebih lama
Anggun pandangan di mataku
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku
Diri kamu memukau ku,
Biarkan kau dan aku bersatu (bagaimana?)
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu (harus)
Wahai ibu izinkan aku lalu (ayuh)
Bina hidup bina hasrat yang baru
Biarkan kau dan aku bersatu
Beri yang terhebat dari yang dulu-dulu
Wahai ibu izinkan aku lalu
Bina hidup bina hasrat yang baru
Anggun pandangan di mataku
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lebur hatiku berpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku
Submitted by admin · Artist Zizan Raja Lawak
Selamat Tinggal - Zizan Raja Lawak
March 29, 2011
Tajuk Lirik Lagu: Selamat Tinggal
Artis/Penyanyi: Zizan Raja Lawak feat. Dina Nazir
(Dina)
huuu…. eh.. eh… oh.. ooohh.. oyeah
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini
(Zizan)
Ok (ohh..)
Dah memang bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung ia tinggal satu memori
Jangan, jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini
Mana janji, Mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah kerana Tuhan yang menentukan
Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal
(Dina)
Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini
(Zizan)
Tiada ertinya kau tinggalkan aku (aha)
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu (yeah)
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui (yeah)
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi (ok)
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi
Jangan pergi, jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini, kenapa semua ini
Mengapa semua ini, jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini
(Dina)
Kenapa semua jadi begini
Kenapa, oh mengapa
(Zizan)
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
(Dina & Zizan)
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)
Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal (Jangan biarkan ku menderita disini, jangan biarkan ku tersiksa disini sayang)
Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dakapanmu sayang)
Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini (oh oh)
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal (aku menyintai dirimu sayang, jangan biarkan aku sendiri disini sayang)
Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal
Submitted by admin · Artist Zizan Raja Lawak











