Chomel

Teman

Tajuk Lagu: Teman
Artis/Penyanyi: Chomel

Diriku terdiam seribu bahasa
Menjadi alpa dengan apa yang ku terima
Menjadi sangsi akan hidup yang dijalani
Satu persatu hilang dari pandangan

Ku sedar apa yang seharus ku tempuhi
Tak mungkin dapat ku leraikan lagi
Semua ini bukannya ku inginkan
Menambahkan lagi kedukaan
Cubalah fahami

Ku hilang tanpa berita
Aku pergi tanpa kata
Ku berubah tanpa disedar
Hanya mampu pendamkan rasa

Pastinya ada saja
Yang menganggu di fikiranku
Ku menjadi tak menentu
Kedinginan hatiku tak siapa yang tahu

Ku hilang tanpa berita
Aku pergi tanpa kata
Ku berubah tanpa disedar
Hanya mampu pendamkan rasa

Kini ku terdiam seribu pekataan
Mencari apa sebenar yang terjadi
Diriku yang menjadi perbualan
Melihat perubahan diriku ini

Wahai teman maafkanlah
Andaikan ku berubah
Bukannya ku mahu
Namun tak mampu
Ku selindungkan rasa di hatiku

Leave a Reply