Estranged

Ketika Ini

Tajuk Lagu: Ketika Ini
Artis/Penyanyi: Estranged

Sedih mulanya
Jikalau kamu tiada lagi di sisi
Wujud bezanya
Keadaan itu bertukar akhirnya

Sunyinya rasa
Yang sebenarnya di sini engkau tiada
Senangnya rasa
Mengingati masa dia ada bersama

Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah…

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu.. lagi…. ooo.. lagi….

Senangkah engkau
Sekiranya tiada aku jelma
Kuatkah kamu kalau tiada menunjukkan arah
Berdirilah kau
Agar yang disebelah kamu bantu
Sedihnya rasa hatiku mengundang masa kau masih ada

Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah… yehh..

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu

Kelip terakhir
Buat mataku
Kita layari
Cakerawalamu

Hanya sunyi disisiku
Sehingga kita bertemu
Hanya suci ditanganku
Hingga kita bertemu

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu lagi

Leave a Reply