Fynn Jamal

Situ

Tajuk Lagu: Situ
Artis: Fynn Jamal feat Tri Hadzir

(Tri Hadzir)
Jauh kau pergi beribu batu
Ku harap lancar perjalananmu
Jangan dilupa asal-usulmu

Cuba kau tenung ke dalam mataku
Moga kau tembus pintu hatiku
Bukti cintaku ada di situ

Selama-lamanya, walau dah terputus jalannya
Kau pergi, aku di sini tetap ada ikut sama

(Fynn Jamal)
Teguh kau pegang janjimu dulu
Di tanah orang tunduk selalu
Jangan dibuang budi ajarmu

Bila kau rindu hangat kasihku
Pejamkan saja harap bertemu
Jauh pun mana aku di situ

Selama-lamanya, walau dah terputus jalannya
Kau pergi, aku di sini tetap ada ikut sama

(Tri Hadzir & Fynn Jamal)
Selama-lamanya, walau dah terputus jalannya
Kau pergi, aku di sini tetap ada ikut sama

Leave a Reply