Lirik Lagu Puisi Cinta - Illusi

Latest Malay Song Lyrics

Puisi Cinta

Puisi Cinta

1 Comment 📁 Illusi 🕔28.February 2000
Puisi Cinta

Tajuk/Lirik Lagu: Puisi Cinta
Penyanyi: Ilusi

Suaramu…
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku

Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta…

Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah…

Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku…



1 Comments

  1. 🕔 2:32, 13.June 2010

    elle

    pehh lagu ni plg myentuh jiwa rrr…….

    reply comment

Got something to say?

Your email address will not be published. Required fields are marked *