Lirik Lagu Gerenti Beres - K.R.U

Latest Malay Song Lyrics

Gerenti Beres

Gerenti Beres

3 Comments 📁 K.R.U
Gerenti Beres

Lirik/Tajuk Lagu: Gerenti Beres
Penyanyi: K.R.U

Mengantuk dah dengar “…u cinta padamu…”
Bermodal kata manis mulut
Oh abang itu tak cukup!

Jikalau kau mahu ku diserang ‘angau’
Harus kibarkanlah sedikit
Kipas berdaun wang ringgit

Usah susah-payah panjang lebar celoteh
Kerana diri ini dah letih
Mendengar janji setinggi langit

Sedangkan pada mulanya saja beriya
Nanti dah jemu aku dibiar bingung kecewa

Bukan terlalu memilih
Dalam mencari kekasih
Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain

Sekurang-kurangnya nanti
Punya hasil baru ku puas hati
Kau perlu buktikan dulu
Baru cintaku…gerenti beres

Setampan Salman Khan pun aku tak hairan
Kau tak akan punya peluang
Jika akaun bank kering-kontang

Andainya ada hati nak temu janji
Pastikan hotel bintang lima
Bukan warung kaki lima

Ramai dah gagal berbuah tangankan mawar
Itupun setahun sekali
Hanya pada hari kekasih

Mataku hanya akan silau kilauan permata
Selepas itu barulah diriku engkau empunya

Bukan terlalu memilih
Dalam mencari kekasih
Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain

Sekurang-kurangnya nanti
Punya hasil baru ku puas hati
Kau perlu buktikan dulu
Baru cintaku…gerenti beres

Ketika ditemuduga seluruh kerabat keluarga
Katakan kau seorang doktor, majistret atau lawyer
Ahli muzik tak main, satu sen pun tak laku
Jika diriku yang kau mahu
Pastikan rombongan dipenuhi hantaran
Dengan sebiji Ferrari merah, barulah kau nampak gah
Muka selipar jepun pun boleh jadi lawa
Kau buat ku jatuh cinta

Bukan terlalu memilih
Dalam mencari kekasih
Cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain

Sekurang-kurangnya nanti
Punya hasil baru ku puas hati
Kau perlu buktikan dulu
Baru cintaku…gerenti beres



3 Comments

  1. 🕔 14:16, 23.November 2008

    nur irdina

    lagu ni bagus tapi perkataan tu ada yang mengarut sebab inilah itulah kipas berdaun wang ringgitlah benci betul tapi jangan kecewa saya sokong K.R.U!
    yang sikit-sikit tu tak ape lah terus kan semangat anda

    reply comment
  2. 🕔 4:36, 09.February 2010

    Din

    Lagu ni seolah-olah mengherdik golongan berpendapatan rendah dan menganggap wang adalah segala-galanya.Apapun saya juga tetap sokong KRU kerana kreatif menghasilkan lagu-lagu rancak.

    reply comment
  3. 🕔 12:19, 22.April 2011

    kitty

    Lirik lagu ni memang best… saya mengalami dilema yg sama bila lelaki asyik ungkapkan ayat2 power, tp bukan kata duit hantaran, minum pun saya yg belanja. Lagu ni memberi inspirasi positif buat saya, dengan cara yang sinis. Tahniah KRU! Kalian mmg bijak & memahami.

    reply comment

Got something to say?

Your email address will not be published. Required fields are marked *