K.R.U

Setiap

Tajuk Lagu: Setiap
Artis: K.R.U

Setiap detik
Bagaikan jarum yang menyucuk hati tanpa henti
Tanpa henti
Tanpa henti

Setiap kali menguras airmata
Terundang lamunan bersamamu
Mengimbas mimpi di masa lalu
Sebelum cinta layu

Sejak kau pergi tak pernah pun sekali
Rindu berhenti menyeksa jiwa
Parutnya masih lagi terluka
Dari saat berpisah

Setiap kenangan indah menggetarkan pilu
Menyedarkan hakikat kau dah tak lagi bersamaku
Setiap kali merindu makin menghantui
Setiap hari setiap jam setiap detik

Tercampak aku ke dalam kelam cinta
Tanpa punya secercah harapan
Sedangkan diri tak kemampuan
Menanggung perih sepi

Setiap kenangan indah menggetarkan pilu
Menyedarkan hakikat kau dah tak lagi bersamaku
Setiap kali merindu makin menghantui
Setiap hari setiap jam setiap detik

Kau tiada ku hancur
Jiwaku lemah berdikari
Setiap detik bagaikan jarum
Yang menyucuk hati tanpa henti
Kerana hanya dirimu ku mahu
Hanya dirimu ku rindu
Dan hanya dirimu ku perlu
Dalam setiap nafasku

Setiap kenangan indah menggetarkan pilu
Menyedarkan hakikat kau dah tak lagi bersamaku
Setiap kali merindu makin menghantui
Setiap hari setiap jam setiap detik

Leave a Reply