Lirik Lagu Dikir Puteri - Noraniza Idris

Latest Malay Song Lyrics

Dikir Puteri

Dikir Puteri

0 Comments 📁 Noraniza Idris 🕔21.July 1999
Dikir Puteri

Tajuk/Lirik Lagu: Dikir Puteri
Penyanyi: Noraniza Idris
Album: Masyhur (1998)
Komposer: Pak Ngah
Penulis Lirik: Hairul Anuar Harun

Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Hamba puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Tuan puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

Sungguh terdengar bukan igauan
Antan bertingkah sahut-sahutan
Si anak muda pandang-pandangan
Tua melarang dalam senyuman

Malam mengemping terang cahaya
Riuh sekampung asyik bersenda
Walaupun datang dalam bayangan
Diri memandang minta berteman

Satu rumpun satulah kata
Dua hati berpadulah jiwa
Tiga temu setia memangku
Empat pula sudah bersimpul mati

Mari adik mari abang (2x)
Kecil besar tua muda (2x)
Mari sama kasih sayang (2x)
Moga hidup kan bahagia

Walau jauh walau dekat (2x)
Sama-sama muafakat (2x)
Datangnya sementara
Entah esok lusa kembali semula
Kembali semula

No Comments

Sorry, No Comments, Yet !

There are no comments for this article at this moent, but you can be first one to leave a comment.

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *