Cinta Di Bawah Sedar

Cinta Di Bawah Sedar

0 Comments 📁 Rahim Maarof
Cinta Di Bawah Sedar

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Di Bawah Sedar
Artis: Rahim Maarof

Guruh di langit bumi ketandusan
Tengkujuh tiba tiada membawa hujan
Raga pun lesu jiwa kehausan
Bunga cinta layu digenggaman

Alamku tak seperti dulu
Tidak seindah waktu
Kita bersatu
Didakapan syahduu..

Selasih ku tanam kecubung yang tumbuh
Merawan dan melawan terus berlarutan
Dengan kalimah mentera serapah
Tidak mampu aku ulangi..

Detik percintaan semalam
Kemusykilan berterusan di fikiran
Hingga akal dan hati tanya menanya
Siapa? angkara..

Tiada azam untuk mendaki
Turun naik tidak ku peduli
Ku lebih senang diam begini
Menentang badai dalam diri..

Cinta di bawah sedar
Meniti dawai usang
Sesat mencari jalan pulang

Asmara di awangan
Mencakar awan hitam
Mencari setitis air dan sinarnya

Apa erti cinta
Hanya duka lara
Dan membelai jiwa gelora

Cinta di bawah sedar
Jiwa raga terbiar
Hingga yang salah jadi benar

Asmara di awangan
Mencakar awan hitam
Mancari setitis air dan sinarnya

Apa ertinya cinta
Hanya duka lara
Membelah jiwa bergelora
Di awangan kasih bergelora
Bergelora….



No Comments

Sorry, No Comments, Yet !

There are no comments for this article at this moent, but you can be first one to leave a comment.

Got something to say?

Your email address will not be published. Required fields are marked *