Snapshot

Kau Yang Satu

Tajuk Lagu: Kau Yang Satu
Artis/Penyanyi: Snapshot

Aku sanggup berdusta dengan dia
Sanggup mendengar segala hinanya
Asalkan aku dapat bersama denganmu
Hidupku tak akan serupa lagi
Selepas aku gelapkan hatiku
Agar dapat menikmati sewaktu denganmu

Cinta yang aku
Sanggup memberi kepadamu
Hanya sewaktu..

Benarkan aku untuk bersamamu
Oh sayangku, beriku peluang
Janganlah engkau menjauhi dirimu dariku
Kerna kau yang satu..

Semoga rakan baikku tak mengerti
Perpisahan diam-diam idamkan,
Supaya aku tidak berasa terlalu kejam

Siapa sebenarnya dalam hatimu
Untukku ataupun untuk si dia
Jangan kau cuba menyangkal perasaanku

Cinta yang aku
Sanggup memberi kepadamu
Hanya sewaktu

Benarkan aku untuk bersamamu
Oh sayangku oh
Janganlah engkau menjauhi dirimu dariku
Engkau yang satu..

Benarkan aku untuk bersamamu,
Oh sayangku beriku peluang
Janganlah engkau menjauhi dirimu dariku
Engkau yang satu..

Leave a Reply