Umbrella

Ramalanku Benar Belaka

Tajuk Lirik/Lagu: Ramalanku Benar Belaka
Artis/Penyanyi: Umbrella

Hingga ke saat ini berbagai persoalan
Tak henti melanda buntu ku memikirkannya

Kau memilih diri ku di atas dasar apa
Apakah kerna cinta atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang

Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang diramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu bahawa aku takkan kehilanganmu

Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain dihati mu bertakhta

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu bahawa aku takkan kehilanganmu

Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan
Susah payah kita semai benih cinta
Merempuh dugaan akhirnya kau tinggalkan

Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain dihati mu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah
Nyata kesudahan aku parah
Kesudahan aku parah

Leave a Reply