Hiburan

Zamani tersingkir pada minggu keenam GV10

PENYANYI Zamani kelihatan tenang apabila diumumkan oleh juri sebagai peserta keenam tersingkir dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad.

Zamani dikatakan kurang bertenaga apabila menyampaikan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad menyebabkan dia tersingkir pada malam itu sekaligus menggagalkan dirinya untuk mara ke peringkat seterusnya.

Dengan mendapat markah terendah iaitu 56.50 peratus, Zamani mengakui sukar menyanyikan lagu tersebut kerana ia memerlukan teknik pernafasan yang baik.

Rancangan GV10 memperlihatkan persaingan bintang yang terdiri daripada juara-juara Gegar Vaganza dari musim pertama hingga kesembilan.

Leave a Reply

Share via
Copy link