Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour

Sertai Ratu Pop Malaysia, Dato ‘Siti Nurhaliza bagi meraikan konsert kegemilangan dua puluh tahun. Dengarkan suara merdu dari legenda ini dalam konsert terbesar 2019.
Teruja berkongsi khabar gembira buat peminatnya, konsert berkenaan merupakan kemunculan semula beliau selepas kali terakhir mengadakan Konsert Unplugged Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 2015.
Peminat-peminat di Malaysia yang ingin menyaksikan konsert terbesar itu yang bakal diadakan di Arena Axiata, Kuala Lumpur pada 16 Mac 2019. Konsert itu juga akan menampilkan beberapa segmen iaitu etnik/tradisional, balada, carta unggul dan unplugged di mana semua muzik dihasilkan dan diaturkan semula oleh pemuzik Aubrey Suwito bersama band All-Star.
Selain itu, penyanyi terkenal Indonesia, Tulus menjadi pilihan Siti Nurhaliza untuk ditampilkan sebagai artis jemputan dalam jelajah konsert itu.
Kepada peminat setia Siti Nurhaliza yang ingin menonton konsert penyanyi itu boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1295 (meet & greet) menerusi www.mytickets.asia bermula 26 Disember ini.
Name | Details | |
---|---|---|
1. | Locationlocation | Kuala Lumpur |
2. | Venuevenue | Arena Axiata |
3. | Datedate | 16th March 2019 |
4. | Timetime | 8:30 PM |
5. | Ticket Pricingticket | FROM MYR105 |