Fynn Jamal – Realistic Acoustic Concert

27 February 2015 20:30 Fynn Jamal – Realistic Acoustic Concert

Kronologi kehidupan manusia semakin padat dengan penuh arca kehidupan, manusia boleh memilih jalan terang mahupun belakang. himpunan usus yang melintang di kepala membuatkan manusia semakin dajal dan kejam di kala ini.  “Ayah bonda kenapa tak cerita? dunia sangat kejam dunia macam macam!”  – FYYN JAMAL

Sentuhan adaptasi bertemakan Realistik Akustik yang di lantangkan oleh FYNN JAMAL adalah sebahagian arca kehidupan kita kini. Landasan kronolgi ini akan dibahagikan dengan babak babak cerita yang akan dilaungkan dengan bait bait puitis yang membuatkan titisan tanpa disedari dengan gemersik lencongan musik akustik 7 nyawa.

SAKSIKAN DENGAN MATA RASAKAN DENGAN JIWA UNTUK PERTAMA KALINYA CONCERT Realistik Akustik dari karya FYYN JAMAL
berlagu dayu di THE KUALA LUMPUR PERFORMING ARTS CENTRE ( KL PAC ) pada 27 dan 28 Februari 2015.

Bila engkau menghayati setiap isi kronologi ini maka Engkau sesungguhnya telah menambatkan wujudnya kamu, wujudnya manusia lain dan wujudnya Tuhan.  Pejamkan mata dan bayangkan…Maka dengarkanlah cerita aku ini dengan penuh jujur…

Share this event with friends