Konsert Dayang Nurfaizah Dua Dekad

21 July 2019 12:30 Konsert Dayang Nurfaizah Dua Dekad

Selepas membuka tirai 2019 dengan kejayaan beliau meraih kemenangan Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), Dayang Nurfaizah bakal mengadakan Konsert solonya sempena meraikan Dua Dekad Dayang dalam industri muzik, yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 21 Julai 2019 jam 8:30 malam. Tarikh ini dipilih sehari selepas tarikh Dayang menyambut ulang tahun harijadi yang ke-38.

“Saya benar-benar mahukan konsert itu jatuh pada hari lahir saya pada 20 Julai. Walau bagaimanapun, tempahan tempat telah dibuat pada tarikh tersebut.” Ulas Dayang yang menganggap ia sebagai hadiah ulang tahun yang bermakna baginya, tambah artis kelahiran Kuching dalam laporan berita semalam.

Tiket telah bermula dijual dengan harga RM125 sehingga RM695 pada jam 2 Petang (bermula 14 Feb) dan pada saat berita ini ditulis, semua tiket telah habis dijual.

Setelah menjuarai Golden Teen Search (RTM) pada tahun 1997, Dayang mula menjadi penyanyi rakaman pada tahun 1999. Pernah meletop pada tahun 2001 dengan album Seandainya Masih Ada Cinta. Sehingga kini Dayang kekal relevan dalam industri muzik. Antara anugerah yang dimiliki kebelakangan ini termasuklah Vokal Terbaik 3 tahun berturut-turut (AJL29, AJL30 & AJL31), Juara AJL31 & AJL33, Tempat Ketiga AJL29, Vokal Wanita Terbaik AIM20, Artis Wanita Terbaik APM 2017, Lagu Terbaik Malaysia APM 2017 dan banyak lagi.

Floor Plan

Share this event with friends

Name Details
1. Locationlocation Kuala Lumpur
2. Venuevenue Panggung Sari, Istana Budaya
3. Datedate 21st July 2019
4. Timetime 8:30 PM
5. Ticket Pricingticket FROM RM125 - RM695
6. Organizerorganizer Shiraz Projects Sdn. Bhd