Konsert I Am Ziana Zain

27 September 2014 20:00 Konsert I Am Ziana Zain

Dibawakan oleh Gold Earth Pictures Sdn.Bhd dengan kerjasama ZianaZain Ventures, konsert yang akan berlangsung pada 27 September 2014 di MITC Ayer Keroh, Melaka bakal meninggalkan impak istimewa buat Ziana dan penyokong tegar yang mengenalinya sejak zaman Madah Berhelah. Ziana Zain bakal mendendangkan 22 buah lagu popularnya diiringi 22 pemuzik orchestra yang akan dipimpin oleh pengarah muzik terkenal iaitu Aubrey Suwito.

Bagi yang berminat, jualan tiket sudah mula dibuka dengan harga RM325 (Platinum), RM225 (Diamond), RM155 (Gold) dan RM95 (Silver). Bagi 100 pembeli awal tiket dibawah klasifikasi platinum berpeluang meluangkan masa bersama Ziana pada keesokan harinya selepas Konsert I Am Ziana Zain berlangsung.

Share this event with friends