CGI terbaru Sofyank Setaraf Filem Disney

CGI terbaru Sofyank Setaraf Filem Disney

📁 Filem
CGI terbaru Sofyank Setaraf Filem Disney

Pereka kandungan digital dalam talian, Mohamad Sofian atau lebih dikenali sebagai Sofyank sekali lagi menggemparkan netizen dengan memuat naik video pendek menggunakan teknik CGI (Animasi Grafik Berkomputer).


Video berdurasi 60 saat itu memaparkan promosi video disebalik tabir untuk sebuah permainan video yang telah mendapat pujian ramai kerana menggunakan teknik animasi grafik berkomputer atau CGI yang biasanya dihasilkan oleh pembangun-pembangun terkemuka dunia.

Kebolehan yang terdapat pada Sofyank sangat dikagumi netizen sehingga ada yang mengatakan ia lebih baik daripada apa yang produksi tempatan kita boleh lakukan.

Menerusi caption yang dimuat naik di twitter “Projek paling susah dan juga seronok buat tahun ini” memaparkan rakaman video tersebut dibuat dalam masa 3 hari manakala suntingan mengambil masa selama sebulan dan 15 hari.

Share this lyrics with friends